Saturday, October 3, 2009

Nasi Jagung

arini tahap boring dah melepasi hidung. nak makan pun jadi masalah. pening gak la dok pikir apa nak masak tapi tak mau la sama macam selalu. teringat ada jagung dalam peti es yang kita beli sebelum raya aritu... saja2 jer tak de tujuan tertentu. kelebek sana sini semua cukup... buat nasi jagung jer la... hantam saja, main baling2 gitu... yok kita layan...

6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
6 cawan air
1 cawan susu cair
2 tongkol jagung - asingkan dr tongkolnya
1 inci halia - mayang halus
1 labu bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - hiris
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga & kayu manis
125 gm minyak sapi (1 tin kecil)
1 cawan sayur campur
1 cawang daging/ayam cincang
1 batang lobak merah parut
2 sudu teh lada putih
garam secukup rasa
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia (masukkan daun pandan jika ada). Tumis hingga. naik bau.
  2. Masukkan ayam/daging cincang, kacau rata. Kemudian masukkan jagung dan sayur campur.
  3. Masukkan beras dan gaul hingga rata dan sebati. Masukkan air, lada putih, garam dan lobak merah. Gaul.
  4. Alihkan periuk letrik. Biarkan nasi masak hingga hampir kering. Tuangkan susu. Taburkan kismis dan gajus jika mahu. Biarkan nasik tanak dan kering sepenuhnya.
  5. Sedia untuk dihidang.


*Note
Taburkan dengan bawang goreng, daun bawang dan daun sup yg dihiris.
Boleh dihidang bersama ayam masak merah, dalca dan acar.

Nak express kita taksempat buat tu semua... hahahaha... gelojoh... tp arini kita hidang dengan ayam lada hitam xpress... hehehee



Ayam Lada Hitam - express punya...

hahhaha... bukan le niat nak menipu.. tp kes nak cepat... segera... guna perencah pre-mix dari jenama pasaraya gergasi. not bad la rasanya... sbb semua dah ada kat dlm tu. cuma tambah kan bawang besar dan hias daun bawang jer. tp kita suka hati tambahkan cili merah hiris. masak pun ikut jer instruction kat paket tu. siap! makan ngan nasik jagung tadi.

Rendang Raya

rendang ni kita buat masa raya aritu. sedikit kelainan dari biasa sbb kita tak guna santan dan digantikan dengan susu penuh krim. standard la, kalau time raya, nak beli santan sesudu pun kena beratur, kena ambil no... malas la nak buat tu semua, so kita gantikan dengan susu. disamping kemalasan tu, sajian ni boleh la dikira sajian sihat la kan... hahahhaha... dah malas tu sihat gak ker... hehehe... jom layanz...

opps!! lain2 sajian raya sama cam tahun2 lepas... ketupat, sambal goreng, sambal kacang dan bla... bla... bla... semua menu wajib hari raya, kalau nak letak kat sini resipinya cam benda sama... tak best...


2kg daging (lembu/kambing)

250g rempah rendang

4 senduk kecil cili kisar (nak pedas tambah lagi...)

3 senduk kecil bawang kisar

1½ senduk kecil bwg putih kisar

2 sudu besar halia kisar

2" kunyit hidup

lengkuas

6 batang serai - kisar bersama kunyit dan lengkuas

rempah tumis - kayu manis, buah pelaga, bunga lawang

1 liter susu penuh krim

1 senduk kecil kerisik

gula melaka dan garam secukupnya

minyak untuk menumis

hirisan daun kunyit

daun limau purut yang di siat2


Satukan rempah rendang dan bahan kisar.

Panaskan minyak, masukkan rempah tumis hingga wangi dan masukkan semua campuran bahan kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.

Masukkan daging, susu, kerisik, gula dan garam. Biarkan mendidih. Kacau sekali sekala. Masukkan daun limau purut. Masak hingga kuah pekat.

Tuesday, September 15, 2009

Asam Pedas Ikan Mackerel dengan Terung Asam dan bunga kantan

Tahun ni bulan ramadhan, kita tak banyak kedapur, boleh dikira dengan jari, tak sampai 10x pun. Tahun ini buat julung kalinya kita sibuk buat kukis niaga. Tak la banyak tapi sebagai amatur dan baru bertatih banyak yang harus di letak ketepi seketika, termasuklah meng'asap'kan dapur comel ku itu. Sesekali ada gak turun bila bosan ngan makan luar. Ini la hasilnya...

Asam Pedas ikan mackerel dengan terung asam dan bunga kantan. Resipi cam biasa boleh tengok kat sini. Bahan datang dari jauh nun dari Kuching. TQ Kak Dee n Abang Ghazi.

Bihun goreng jer. Buat utk berbuka entah bila. Main masuk jer, semua ekspress... balik kerja main tibai jer...

Cucur udang... pemberian nebor depan rumah. Tq kak Nazirah. Habis kami bedal...

Sunday, August 23, 2009

Berbuka Hari Ke2

Juadah berbuka hari ini simple jer. Malas nak bermewah yang akhirnya akan ke tong sampah jugak. Memang dah lazim begitu berbuka sekadarnya sahaja. Anak2 dah terbiasa tak pernah komplen. Mengajak ke pasar ramadan pun tak, sebab selalunya apa yang dibeli bila dijamah amatlah mengecewakan. Dalam rumah ni, lidah dan tekak masing2 masih berfungsi dengan baik lagi... hahaha...
Taugeh masak lemak putih. Tiba2 mat rock mintak sayur ni. Awalnya kita nak goreng jer sbb dah ada telur masak kicap yang berkuah. Rupa2nya dia teringat lebihan sambal belacan yang kita buat untuk laksa tu, nak jadikan regu la tu sbb ada ikan goreng jugak. Dia kata teringat makanan kat asrama dulu... hahahha... sanggup dia ke kedai beli santan.

Telur puyuh masak kicap. Ni pun mat rock punya permintaan. Dah lama dah. Kita nak sambalkan jer, tapi dia nak kaler hitam ni jugak...

Ikan kembung goreng... senang jer tak perlu pikir... mesti habis punya...

Saturday, August 22, 2009

Laksa Sarawak untuk berbuka

Selamat Berpuasa untuk semua kengkawan yg beragama Islam...

Hari pertama puasa tahun ini, kita hanya sempat menyediakan juadah ringkas untuk berbuka. Dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, Laksa Sarawak adalah yang paling mudah untuk disediakan.

1 bungkus bihun (celur bagi lembut)
1/4 ekor ayam
500g udang
200g rempah laksa sarawak (jgn cari kat semenanjung, cari kat sarawak ye...)
2 btg serai - diketuk
250g santan pati
air rebusan ayam dan udang
garam & perasa (option) secukupnya
condiments:
ayam yang dicarik2
udang yang telah direbus
daun ketumbar - hiris (mesti ada, baru ummph!)
taugeh - celur sedikit
telur dadar - hiris halus
limau kasturi - belah
sambal belacan - cili merah + belacan = tumbuk sekali

Rebuskan udang (dgn kulit) dan ayam kedalam 2.5 liter air. Setelah masak asingkan udang dan ayam dari air rebusan.
Dengan air rebusan yang sama, masukkan rempah laksa dan serai yang diketuk. Kacau diatas api sederhana hingga mendidih. Masukkan pati santan dan kacau serta biarkan sedikit mendidih. Kemudian masukkan garam dan perasa (jika mahu) secukup rasa. Renehkan.
Celur bihun dalam air panas dan bilas dalam air sejuk.

Menghidang Laksa Sarawak
:
Masukkan bihun ke dalam pinggan kuah, taburkan telur, taugeh, isi ayam, udang dan daun ketumbar di atasnya. Curahkan kuah dan letakkan sambal belacan dan limau kasturi.
Siap untuk dimakan.

Wednesday, August 19, 2009

Nasi Goreng Rampai

Tu la.. masak nasik siap berlauk sampai berpeluh2... cuit pun tak. Banyak lak tu masak, 3 cawan beras. Sayang kan... Decided buat nasi goreng jer, sure laju habisnya.hah.. dah banyak sangat buat nasi goreng, dah macam2 versi. maklum lah, kita ni kan rajin gitu... hahaha... tak koser teman... Kali ni kita bagi nama special... tak tau tang mana special... hehehe. Senang jer, anak bujang kita tu pun dah boleh buat. Kak Long lagi suka sbb dia pun jenis 'rajin' cam emak dia nih. Basic sama jer, cuma pelbagaikan isiannya. Bior meriah gitu....
NASI GORENG RAMPAI

Nasi sejuk
Bawang putih - crushed n chopped
bawang merah - hiris
ikan bilis
udang - buang kulit tinggal ekor jer
hirisan sosej
sayur campur
cili api - diketuk
telur - dipukul sedikit
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan udang sebentar, angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang2 dan cili api sampai orang dalam rumah bersin.
Masukkan ikan bilis, sosej dan sayur campur. Kacau rata hingga sedikit kering.
Masukkan nasi dan udang. Gaul rata. Perasakan garam. Kacau gaul hingga nasi sedikit ringan.
Curahkan telur dan gaul hingga rata dan telur masak. Dah boleh hidang.


psst: ukuran bahan ikut banyak mana nasi yang hendak di goreng.

Selamat Mencuba!!!

Saturday, August 15, 2009

Kari Sadin & Sambal Hitam

Sadin... dah selalu sangat dimasak sambal, kali ni tukar bahan skit. Masak kari. Bahan2nya apa yang ada dalam peti es. Apa yg ada kita guna... Masak pun simple habis, tak banyak kerenah.

Tumbuk halia, kunyit, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Panaskan minyak masak dalam kuali. Sementara itu, asingkan sardin dari sosnya.
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan 1 bungkus serbuk kari ikan. Gaul rata.
Masukkan sos sadin, air dan santan secukupnya, biarkan hingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan sedikit gula.
Masukkan ikan sardin, kacau gaul. Biarkan kuah sedikit pekat dan renehkan seketika.
Hidangkan.
**************************


Yang ini pulak di panggil Sambal Hitam. Ini resipi orang Pahang. Kalau ada kenduri disana, ia seakan menu wajib untuk dihidang. Sambil makan tu, kita tanya gak cara menyediakan sambal hitam dari suku sakat mat rock. Agak rumit penyediaannya.

Kita cuba buat sendiri dengan berpandukan resipi dari myresipi.com


Sambal Hitam Pahang oleh: ieza_beledza
Dari seorang cikgu orang Pahang

Bahan-bahan (5 orang)
500gm belimbing buluh
5 biji bawang merah
15-20 biji cili padi hijau
2 genggam ikan bilis yang telah dibelah
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
rebus belimbing buluh selama 8jam
tumbuk bawang merah dan cili padi hingga lumat
tumbuk ikan bilis separuh lumat
tumis semua bahan yang telah di tumbuk.
masukkanbelimbing buluh yang telah di toskan
masukkan garam dan gula
gaul rata dan biarkan ia kering sedikit.


memang mabeles... anak2 meratah gitu aja...

Thursday, July 30, 2009

Nasi Goreng Larut Malam

Ni kisah hari Isnin lepas tu la. Lepas buka puasa and dinner kena buat baking pulak. Lepas baking naik ke rumah dah dekat jam 1 pagi. Ada left over nasi masa dinner, telur dadar pun ada lebih jugak tapi lemak tempoyak ikan masin habis kering. Kalau tak buat apa2, sampai esok pun gitu jugak le tak bersentuh.

So, kita goreng untuk buat sahur semalam. Selebihnya anak2 dan hubby buat bekal mereka. Dah buat kerja tengah2 malam, tu yang jadi nama gitu... Kalau bahasa omputih Midnite Fried Rice... hahaha...
2 pinggan penuh nasi sejuk / 2 full plates cold rice
lebihan telur dadar diramas hancur /leftover ommelet - hand crushed
Segenggam ikan bilis goreng / a handful of fried anchovies
3 ulas bawang puting diketuk / 3 cloves crushed garlic
1 cawan sayur campur beku / 1 cup frozen mixed vege
garam secukup rasa / salt to taste
5 sudu besar minyak masak /5 tbsbs cooking oil

Panaskan minyak dalam kuali. Saute bawang putih hingga perang, masukkan sayur campur, kacau goreng sebentar. Heat up oil in a pan. Saute garlic until golden and add in mixed vege. Stir well.
Masukkan ikan bilis, nasi dan telur dadar. Kacau rata semua bahan. Goreng hingga semua bahan bercampur sebati. Add in the anchovies, rice and ommelet. Fry till all ingredients mix well together.
Perasakan garamnya. Kacau rata dan sebati semua bahan. Add salt to taste. Stir to blend them all.
Sedia untuk dihidang. Ready to serve.

Lemak Tempoyak Cili Api Ikan Masin

For those carrier woman who needs to be fast all the times, this recipe will help. Simple and easy to prepare, hence, it is delicious too. You can have it just with plain rice, nothing can stop you until you finish everything in the pot, I bet!!! Hehehe... that's what happened to me actually. Let's share the secret... hahaha...

LEMAK TEMPOYAK IKAN MASIN
1 medium size salty fish - wash out the excess salt and cut to pieces
2 tbsps fermented durian paste (tempoyak le tu... ;))
100 ml uht coconut milk (santan)
200 ml water
1 thumbsized fresh tummeric
7 pcs bird chillies (cili padi)

Ground together tummeric and chillies to fine. Mix well with tempoyak.
Put the fish and tempoyak mixture in a pot. On medium heat, bring to boil and let some water dissolve .
Mix well the santan with water. Pour into the boiling pot. Keep smooth stirring until it's boiling again. I drop some cili padi in before the fire off.
Ready to serve.

Wednesday, July 22, 2009

Brokoli Goreng

Collected from old archive. Cook with love, serve with love... happy cooking!!!Brokoli
Chicken meat - thinly sliced
fishcake - thinly sliced
garlic - crushed
onion - sliced
red chili - sliced
powder chicken stock
1/2 cup hot water
cooking oil

Heat oil in a pan. Stir fry onion and garlic. Add in chicken meat and fishcake; fry till the chicken meat cooked. Add in brokoli, red chili, hot water and chicken stock. Cook for 3 minutes and off fire. Ready to serve.