Thursday, September 23, 2010

Nasi Goreng Petai

Sessi untuk menghabiskan segala stok petai yang dah nak expire tak lama lagi.


4 pinggan nasi sejuk
1 papan petai - dihiris
1/2 biji bawang besar - dimayang
1/2 batang lobak merah - disagat
1/2 cawan ikan bilis - digoreng
5 butir cili padi - diketuk
2 ulas bawang putih
garam secukup rasa
2 biji telur - dipukul sekikit
4 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
Masukkan ikan bilis goreng, bawang besar, lobak merah dan petai.
Masukkan nasi dan gaul rata semua bahan dalam kuali.
Tabur garam secukup rasa. Masak hingga semua bahan bercampur sebati.
Tuangkan telur dan gaul rata. Sentiasa kacau hingga telur masak serata.
Sedia untuk dihidang.

Sotong Sumbat Versi Mama Ghock



Sotong Sumbat Mama Ghock

400g sotong – bersihkan
Inti secukupnya
1 biji bawang besar – potong bulat

Sos
3 sudu besar cili kisar
2 sk ketumbar – siap kisar
½ sk jintan manis – siap kisar
½ sk jintan putih – siap kisar
2 sudu besar kicap soya
1 keping asam gelugur
garam + gula secukup rasa
minyak utk menumis

Bahan Kisar
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* ½ inci halia
* ½ inci kunyit
* 1 hiris lenkuas
* 1 batang serai – diracik

Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.
Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api.
Hiaskan sebelum dihidang.

Bahan Inti
2 biji telur – dipukul sedikit
½ biji bawang besar – cincang
1 batang cili merah – cincang
1 sudu besar lobak merah – cincang
2 helai daun bawang – cincang
garam dan lada putih secukup rasa

Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa.
Goreng hancur (scramble) telur tadi.
Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.


Makan dengan nasi impit/ketupat nasi... sedap...



Makan bersama nasi goreng pun sodap jugak...

Tuesday, September 21, 2010

Lontong Merah Mama Ghock


Hahaha... jangan terkejut tengok kuah lontong warna merah ni. Saja jer tukar rupa dia, asik kuning jer kan boring. Upgrade sikit bagi glamour la... semangat sikit nak makan.

Bahan2 macam biasa la jugak cuma lebihkan cili kisar dalam tumisan. Sebenarnya malas nak buat sambal asing. Ikan bilis kita dah kisar sekali dengan bawang dan cili. Kalau berani, cuba la! ;)

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
½ inci halia hiris
2 sudu ikan bilis
2 senduk kecil cili kering siap kisar
½ sk jintan kasar (manis) siap kisar
½ sk jintan halus (putih) siap kisar

1 batang serai - dititik
1 helai daun salam
½ inci lengkuas - diketuk
200 g udang hidup – buang hujung yg tajam
¼ cawan minyak utk menumis

Bahan sayur di potong kecil ikut selera:-
4 kelopak daun kobis
6 batang kacang panjang
½ batang lobak merah
½ biji sengkuang kecil
2 biji kentang – potong kecil dan goreng
3 keping tauhu – dipotong kecil dan goreng
1 keping tempe – dipotong dan digoreng
10 gm kincham – direndam
1 keping tahu kering - rendam
50 gm su'un – direndam
lada merah dan hijau – dipotong serong
1.5 ltr santan sederhana cair
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan udang dan gaul sebati dan masukkan santan, serai, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu diakhiri dengan su’un dan tauhu kering dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga mendidih dan sayur lembut.
3. Siap untuk dihidang bersama lontong, ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

Selepas Raya

Selamat hari raya semua... eh... masih raya lagi ker? Ahkak ni kan, tak rasa raya, mmg tak beraya pun... x balik kg, tak gi mana. Cuma melawat ke satu dua rumah saudara jer. Ingatkan lepas Jumaat raya pertama tu nak keluar la berziarah... ended up, berdengkur sampai dekat maghrib... tu dia ambik ko... yg depa2 dlm rumah ni boleh ke dengan rela dibiarkan kita melopong kat sofa tu menikmati mimpi2 indah sendirian... cheh!... mat rock kata macam indah je mimpi tak sampai hati nak kejutkan... alasan, dia pun tumpang berdengkur jugak...

Ni la... saja nak tunjuk gambar2 masakan yg kita nikmati selepas satu hari beraya... kalau org lain masih hangat dengan ketupat lemang, kita dah tak larat nak berendang bagai. no no no... jauhi yg berlemak i.e. santan. Kita dah tua ker ek... smp cam tu sekali penerimaan makanan lazat hari raya tu kan...

Ok la... meh ler tengok tayangan perdana ni ye... resipinya nnt bila senang dan teringat boleh ler kita taipkan satu satu.

Kobis Goreng
Asam Pedas Ikan Kembung
Petai Ikan Bilis
Buncis GorengPais Tempoyak Ikan Kembung
Buncis Goreng ngan Fucuk
Sotong Masak Hitam
Udang Goreng ngan Petai

Thursday, August 19, 2010

Aktiviti di bulan Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, saya akan berada di Pasar Ramadhan Wangsa Maju (berdekatan Alpha Angle).
Jika ada sesiapa yang teringin untuk mendapatkan Laksa Johor boleh la datang ke gerai saya, the only gerai yang menjual laksa nih...selain itu ada juga hidangan simple seperti gambar di bawah nih..
Atau jika anda teringin untuk mengoder, sila contact melalui email penyulawa@gmail.com atau sms di no. +6012 3800256.

Wednesday, July 21, 2010

BBQ Lamb Soup



I started with this recipe first after such a 'long vacation' ok... Just grabbed this one before I forget everything. I'm getting 'younger'... hahahhaha...

My freezer getting 'smaller', so I need to make some clearance... the left over of BBQ Lamb. Last time I made as stir fried dish. See this. Today, I transferred into a soupy watery dish.

Boil to tender and the meat loosen from the bone.
Then make the soup.I used:

BBQ Lamb - boiled to tender, separate the stock
1 packet 65 gm soup paste
1.5 water + 1 cup stock (fresh meat need more water)
3 potatoes - quartered
2 stalk celery - cut into pieces
salt to taste
fried onion
chopped spring onion and parsley

Pour in water and stock in a pot and add in soup paste, stir well.
Add in potatoes, lamb and celeries. Cook on a medium heat until tender. Add salt to taste
Garnish with fried onion and chopped spring onion and parsley to serve.

Note:
I served with 'Sambal Kicap'.

Saturday, June 5, 2010

Fried Speghetti & Crunchy Bittergout

I prepared simple lunch for the family today. Only 3 of us at home as Mat Rock is outstationed and will be back later in the evening. Ok... here comes my Speghetti on my style and taste... (malay taste... you know la horr... must hot! hot! hot!) but uses very simple ingredients. hehehe... that's what I found in my fridge.

Fried Speghetti
250 gm speghetti - cooked in salted boiling water
1 tbsp chili paste
1 big onion - chopped
3 cloves garlic - crushed and chopped
1/2 inch young ginger - thinly sliced
3 tbsps sliced button mushroom
1 pc carrot - grated
2 pcs fishcake - sliced
8 pcs fish ball - halved
2 tsps lemon juice
salt to taste
cooking oil (I prefer olive oil)

Heat oil in a pan. Saute garlic, onion and ginger till tender, add in chili paste. Stir well.
Add in fishcake, fishball and mushroom, stir till well covered. Add in grated carrot.
Season with salt and lemon juice then fold in Speghetti. Mix them thoroughly.
Ready to serve.




Here's another dish I prepared Crunchy Bittergout. I tried to do it base on my observation when eating in mamak's restaurant. I did ask sometimes, but never had a good answer.

2 pcs bittergout - washed and thinly sliced
3 tbsbs cornflour
1 tsp pepper
1/2 tsp salt
1 tsp curry powder
1 egg - lightly beaten

Combine all dry ingredients - cornflour, pepper, salt and curry powder.
Dip the bittergout in the beaten egg. Sprinkle with dry mixture.
Deep fry them in very hot cooking oil.




Friday, June 4, 2010

Sotong Briyani


Percubaan terkini untuk rahsia kebahagiaan... Sotong Briyani. Served to Along's friends who came with a birthday cake for her surprise. Yessz!! Today is Along's 16th birthday.

Let's share the recipe tested.

Sotong Briyani

600 gm squids/cuttlefish (any different? just the name, i guess!!!) - cleansed
1/2 onion - thinly sliced
3 cloves garlic - sliced
1 inch ginger - sliced
1 green chili - sliced
3 spoonful briyani paste (briyani powder + water)
3 spoonful plain yoghurt
1/4 cup water
cinnamon stick, star anaise, cardamon
4 tsps cooking oil
salt n sugar to taste

garnish: 1/2 onion - sliced, corriander leaves - chopped

Heat cooking oil, saute the cinnamon stick, star anaise and cardamon util fragrant. Add in onion, garlic, ginger and chili, stir fry until golden brown. Add in briyani paste and yoghurt, stir well.
Fold in squid and stir until all ingredients are well covered. Pour in water and bring to boil.
Season with salt and sugar. Add in the garnishing and let simmer for few minutes.
Ready to serve.

Thursday, June 3, 2010

Today's Menu - 3rd June, 2010

Menu yang sempat disediakan untuk family hari ini. Memenuhi permintaan Mat Rock, taugeh masak lemak dan ikan goreng. Masa kat pasar tu saja je beli tauhu lembut walaupun tak tau nak masak macamana, tak pernah buat pun... Idea datang masa memasak, simple jer tapi kuah habis dikerjakan dek Iman...



Masak Lemak Taugeh

50 gm taugeh - bersihkan
2 keping tauhu - potong kecil
3 pokok daun kucai - potong 1" panjang
2 ulas bawang merah - hiris
10 gm ikan bilis
5 butir cili padi (optional)
50 gm santan pekat + air (jadikan 2 cawan)
garam secukup rasa

Masukkan bawang merah, ikan bilis, tauhu, cili padi, garam dan santan ke dalam periuk. Letak di atas api sederhana. Kacau perlahan tanpa henti hingga mendidih supaya santan tidak pecah. Kecilkan api. Masukkan taugeh dan terus kacau sebentar. Masukkan daun kucai dan matikan api.
Sedia untuk dihidang.




Tauhu Lembut Sos Tiram

4 keping tauhu lembut - potong 2, goreng, susun dlm pinggan kuah
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
4 sudu besar sos tiram
2 cawan air
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

hiasan - bawang goreng & hirisan daun bawang atau kuchai

Saute bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram ke dalamnya. Kacau rata. Masukkan air, kacau dan biar mendidih. Masukkan cuka kemudian bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Siram atas tauhu siap goreng. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang/kuchai.
Siap untuk dihidang.




Ikan Selar Goreng

Gaulkan ikan yg telah dibersihkan bersama garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Siap.


Tuesday, June 1, 2010

Nasi Goreng Bilis Telur

Sudah agak lama tiada sebarang entry disini. Sibuk yg bermacam... tak sehat, batuk dan demam datang mengikut musimnya. Dapur pun berasap mengikut musim.

Today is my 2nd day as a jobless person. I start with, as usual, my 'campak2' recipe, Nasi Goreng simple. Thought of doing that for the kids breakfast before they off for school, but my eyes opened a little late... so, this is for their lunch.


Here is the recipe:

Nasi Goreng Bilis Telur
(4-5 persons)

4 plate-full of rice
4 cloves garlic - crushed n chopped
1 bowl fried ikan bilis
1/2 bowl frozen mixed vege
4 eggs - lightly beaten
salt to taste
cooking oil

Heat-up cooking oil in a nonstick pan. Saute garlic till lightly brown.
Add in mixed vege, fry a bit.
Add in ikan bilis and rice. Mix well to cook. Season with salt.
Low the heat, stir in beaten eggs to well covered. Up the heat again, and stir and fold the rice until cooked and dried.
Ready to serve.