Thursday, December 29, 2011

Homemade Burger

Ya Allah! dek non... lamanya akaq tidak menjenguk rumah ni ye. Dah sebulan ghopernya. Bukan apa akaq sibuk lak ngan program2 tuan tanah di musim cuti ni, kerana waktu2 gini la kami sekeluarga ambil kesempatan 'JJCM' ke serata tanahair jika ada rezekinya. Bila dah pusing merata nih, dapur tu kurang la berasapnya... :D

Kali ni akaq cuba buat burger sendiri. Geram gak, makan burger tak cukup satu keping. Nak beli banyak2 nanti orang kata kita gelojoh, tamak, buruk lantak... Buat sendiri puashati... hamek ko nak besor mana... akaq tak kesah dek non... molot sendiri, perut sendiri... hehehehe... layan je lah...

Ni pun kes nak ngabiskan khazanah yang hampir luput tarikh tu... sedor tak sedor peti es akaq cam peti besi harta karun lak... hahahaha...


Bahan2nya:
400 gm daging cincang (akaq guna Ramly) - cuci dan toskan air
100 gm bawang besar - cincang atau kisar tanpa air
2 ulas bawang putih cincang
1 sudu besar mayonis (kalau tukar ke keju lagi best)
1 sudu besar lada putih (tukar lada hitam untuk lebih 'hot')
1 biji telur
1 sudu teh garam
100 gm serbuk roti (secukupnya lah)

Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati hingga boleh dikepal2.
Bentukkan seperti bebola dan leperkan. Biarkan sekejap sebelum digoreng dengan sedikit minyak/mentega.
Siap untuk dihidang.

**Boleh dapat 8 ketul seberat 90++ gm setiap satu.

Selamat Mencuba!!!

Sunday, November 27, 2011

Masak Lemak Tulang Ikan Talang Masin dengan nenas

Kemas2 freezer, ada bungkusan plastik merah. Rasanya ada dah lebih setahun bertapa kat situ. Bila bukak... tu diaaaa... tulang ikan masin. Teringat ada nenas muda lebihan buat siakap 3 rasa aritu. Apalagi... ni lah jadinya... bertambah2 akak bedal nasi dek non... lain akak tak pandang dah. Yang best lagi mencabar tu... tengah nak masak gas habis. Ish... geram pun ada, apahal dia habis masa akak tengah begitu 'excited' nak memasak. Cepat2 akak soh anak bujang gi kedai beli gas. Nak cepat masak ni sebab dah tak sabor nak meratah.

Anak balik dari kedai melenggang giler... akak tanya dapat tak? Dia jawab kedai bukak, gas ada, tapi kalau nak kena pikul sendiri. Mak aih... sapa nak pikul, akak mana ada kederat... aduhai... semua kedai tak mau hantar gas, alasan tak ada orang nak buat. (tp yg nyata depa tu tak mau hantaq, mai pikul naik sampai tingkat 3 gitu...)

Fenin akak dah... perut dah berirama... pelbagai genre dah... teringat nebor depan blok meniaga runcit tapi jauh la pulak. Akak call dia, tapi dia tak jual gas pulak. Adoiiii... fenin... masalahnya Tuan Besar yang gagah perkasa tak der kat sini... kalau dia ada, tidaklah akak sekalut ini... alahai...

Nasib baik nebor akak tu baik hati membantu mencarikan penjual gas berdekatan kedainya. Alhamdulillah, sampai gak depan pintu akak walaupun dah terlalu lewat disebabkan hujan yang lebat. Cadangan utk lunch dilanjutkan untuk dinner... tak per lah janji dapat makan...

Masak Lemak Tulang Ikan Talang Masin dengan Nenas

500 gm tulang ikan talang masin - potong sesedap rasa
1/2 biji nenas muda - hiris
5 biji cili api - kisar
1 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu teh bawang putih kisar
1 inci kunyit - kisar
500 ml santan cair
600 ml santan pekat

Masukkan tulang ikan talang, nenas, bahan kisar dan santan cair ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Tambahkan santan pekat, kacau hingga mendidih jangan sampai pecah minyak.
Hidangkan.

Monday, November 21, 2011

Pucuk Paku Goreng Belacan dan Sotong Masak Hitam

Ni hidangan dinner tadi. Pucuk Paku goreng belacan, sotong masak hitam dan ikan goreng. Dah habis pikir nak masak apa tak tau... akhirnya main campak2 jer lah. Tapi yang peliknya dalam rumah ni, kalau main campak2 ni kadang2 tak cukup nasi... bahaya sungguh, sebab tu akak masak sukat cukup2 jer....

Pucuk Paku Goreng Belacan

1 ikat pucuk paku - ceraikan dr batangnya
5 biji cili api
1 ketul belacan sebesar ibu jari
1 sudu besar bawang kisar
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Tumbuk cili api bersama belacan hingga hancur. Satukan dengan bawang kisar.
Panaskan minyak, tumiskan campuran belacan dan bawang tadi hingga naik bau.
Masukkan pucuk paku dan sedikit air. Kacau gaul hingga rata. Biar hingga mendidih.
Tambahkan garam secukup rasa dan matikan api. Hidang.

Sotong Masak Hitam

500 gm sotong - bersihkan tanpa buang dakwatnya
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 cm halia - mayang halus
1 biji cili hijau/cili merah - hiris
4 biji cili api - hiris
garam secukup rasa
sedikit air
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan cili api, bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan sotong, gaul rata dan tambahkan air. Didihkan.
Masukkan garam secukup rasa dan hirisan cili. Matikan api.
Hidangkan.
Masukkan sotong

Bihun Goreng Lada Hitam dan Lala Goreng Sos Tiram

Hidangan dinner yang simple - bihun goreng lada hitam. Disebabkan tiada serbuk lada hitam, akak tuang jer sos lada hitam. Nak cepat punya pasal.Bihun Goreng Lada Hitam

1 peket (400 gm) bihun - rendam hingga lembut
1 batang lobak merah - buang kulit dan sagat
150 gm udang - bersihkan
2 keping kek ikan - hiris memanjang
5 butir bebola ikan bersayur - belah kecil
50 gm taugeh
6 pokok daun kucai - potong 1 inci panjang
3 sudu besar bawang besar kisar
2 sudu besar sos lada hitam
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang kisar hingga kekuningan. Masukkan sos lada hitam kacau sebati. Tambahkan udang, kek dan bebola ikan, kacaukan. Masukkan lobak merah dan bihun. Kacau gaul hingga rata. tambahkan air jika perlu. Kacau selalu hingga bihun masak.
Masukkan taugeh dan garam. Gaul rata.
Masukkan daun kucai sebelum diangkat dan dihidang.


Lala goreng dengan sos tiram. Resipi ada kat sini. Tapi kali ni yang masak bukan akak, kerahan tenaga - anak dara yang masak. Akak cuma bagi arahan melalui phone jer... emmm... boleh pun masak, cuma kurang rajin jer...

Asam Pedas Ikan Pari dan Roti Puri

Satu lagi my family favourite dish - asam pedas. Tidak kiralah apa isinya asalkan asam pedas, memang laku. Akak sengaja lebihkan kuahnya setiapkali memasak. Keenakannya akan lebih terasa lepas kita keep overnite dan perangat. Cicahlah dengan lempeng tepung, biskut kering atau roti...

Asam Pedas Ikan Pari

500 gm ikan pari - bersihkan dan potong
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu kecil bawang putih kisar
1 cm halia + 1 inci kunyit - ditumbuk
1 inci persegi belacan
1/2 cawan jus asam jawa
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Satukan bahan kisar, bahan tumbuk dan belacan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan campuran belacan hingga terbit minyak.
Masukkan ikan, gaul rata. Masukkan air dan jus asam jawa. Biarkan mendidih dan ikan masak. Rasakan garamnya. Renehkan seketika sebelum dihidang.



Kali ni akak buatkan roti puri/batak/jembreng seng (macam2 nama tp bendanya sama).
Roti Puri

Tepung gandum
minyak sapi atau majerin (akak guna majerin jer)
garam
air

satukan semua bahan dan uli hingga menjadi doh lembut. (macam doh karipap)
bahagikan ke beberapa bahagian, gentel bulat dan canai nipis.
goreng dengan minyak yang banyak. doh akan mengelembung. balik2kan
angkat bila sudah kekuningan. tiriskan minyak di atas kertas minyak.
hidangkan bersama kuah asam pedas atau sambal tumis atau sambal sadin.

Ayam Masak Kicap (Chicken in Soy Sauce)

Simple dish and favourite to everyone in the house. Anything with soy sauce, won't be rejected.


8 ketul ayam goreng / 8 pcs fried chicken
2 sudu besar pes cili / 2 tbsps chili paste
1 sudu besar bawang kisar / 1 tbsp blended onion
1 sudu teh bawang putih kisar / 1 tsp blended garlic
1 sudu teh halia cincang / 1 tsp chopped ginger
1 cawan kicap soya / 1 cup soy sauce
2 sudu besar cuka / 2 tbsps vinegar
1 btg kayu manis / 1 cinnamon stick
1 bunga lawang / 1 star anise
3 butir buah pelaga / 3 cardamon
1 biji bawang besar (ptg baji) / 1 onion - cut into wedges
potongan cili merah (guna cili padi merah) /red chilli (i used red bird chilies) - sliced
3 sudu besar minyak masak / 3 tbsps cooking oil

Panaskan minyak dalam kuali, campakkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi. Tambahkan pes cili, bahan kisar dan halia, tumis hingga kekuningan. Tambahkan kicap dan cuka. Biarkan mendidih.
Masuk dan gaulkan ayam goreng, cili burung dan bawang. Renehkan hingga bawang sedikit lembut.
Hidangkan.

Heat up cooking oil in a wok, drop in cinnamon stick, star anise and cardamon to fragrant. Add in chili paste, blended ingredients and chopped ginger, bring to brownish. Add in soy sauce and vinegar. Bring to boil.
Fold in fried chicken, bird chilies and wedged onion. Simmer to tender the onion.
Serve.

Tuesday, November 8, 2011

Speghetti Seafood

akak suka masak simple cam ni... kalau time kebuluran yang teramat sangat, sesuai la buat masakan cam nih...
cooked speghetti as per packet instruction.
saute garlic to tender in corn oil, add in seafood (prawn, squids), 3 colours cubed capsicums.
fold in speghetti to well-mix. Season in salt n pepper.


mentang2 lah makanan omputih, tetiba jer tergeliat lidah akak, taip resipi pun jadi omputih... hehehhehe...

Lala Goreng

Hehehe... rupanya ada entry terlepas pandang...kisar bwg merah, bwg putih, halia dan cili padi.
tumiskan bahan hingga naik bau.
masukkan sos tiram, kacau. tambah garam jika perlu.
masukkan lala, kacau rata, dan tutup kuali biar hingga kerangnya terbuka. tutup api.

Pajeri Mangga

Lepas buat Daging Dendeng permintaan tuan besar, akak terus la laksanakan angan2 akak yang masih tertangguh sejak bulan lepas. PAJERI MANGGA. Nasib baik mangga muda yang akak dapat tu masih lagi dalam keadaan baik, masih rangup lagi seperti baru dipetik walaupun dah sebulan bertapa kat dalam 'esbok' akak. Asyik terbantut jer niat murni tu dgn macam2 hal. Akhirnya terlaksana jua hari ini... puas hati akak.

Ramai kengkawan akak rasa macam pelik bila akak kata nak buat pajeri mangga sebab tak pernah makan gitu... akak pun tak pernah dek non... tak tau pun ada ke tak orang lain buat. apalagi 'google' jer la ek... Alhamdulillah, jumpa gak resipi yang dihajati tapi cam biasa la akak adjust sana sini ikut kesesuaian nafsu dan tekak akak ler... :D

PAJERI MANGGA

1 biji mangga muda (anggaran 1kg) - buang kulit, potong setebal 1 cm
4 biji cili merah - belah dua
1 biji bawang besar - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - hiris halus
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering - rendam sekejap dan toskan
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar gula perang
rempah tumis - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk melembutkan mangga
Minyak untuk menumis
air asam jawa/cuka - jika perlu

Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia. Tumis hingga wangi dan bawang layu. Tambahkan cili kisar, biar hingga terbit minyak, masukkan udang kering dan kerisik.
Tambahkan bahan serbuk: ketumbar, jintan, kunyit, garam dan gula.
Masukkan mangga dan cili merah, gaul sebati dan tambahkan air secukupnya. Masak hingga mangga lembut. Kalau air kering mangga masih keras, tambahkan air lagi.
Sesuaikan rasa garam dan gulanya, tambahkan air asam jawa atau cuka jika suka lebih masam.



Daging Dendeng


Hari ini akak masak ikut selera tuan besar rumah ni. Semalam dia tertonton rancangan Wanita Hari Ini di TV3, demo masakan Daging Dendeng. Terus jer cakap, 'Mama, buat la ye... mesti sedap.' Mak aiiii... seumur idup akak ni, dengar ada ler, makan tak pernah sekali apa lagi nak memasaknya. Apalagi 'blogwalking' lah jawabnya... Jumpa la resipi yang bersesuaian sebagai rujukan di rumah blogger tersohor kita Che Mat Gebu yang dibawa dari rumah Ummi Zahidi dari Kuantan. Pergghhh!!! Jauh tu dari Kuantan ke Sedenak naik pulak ke Rawang... ahaks!

Hasilnya memang mabeles beb!!! Kena pulak nasi panas2... terangkattttt!!! Jangan terkejut lak bila baca resipi asal kuantiti bawang merah sama dengan kuantiti daging. Memang betul tu bukan salah taip pun. Dari demo di TV tu pun bagitau camtu gak. Tapi resipi akak kat bawah ni akak ikut selera sendiri jer... hehehe... ya ampuuunnnnn... jangan marah CMG dan Kak Ummi ye... Bahan2 lain tu pandai2 lah adjust ikut selera ye...

Daging Dendeng
700 gm daging segar (akak guna daging tiada urat/lemak) - rebus, hiris nipis dan ketuk
200 gm bawang merah - hiris untuk dibuat bawang goreng
3 senduk kecil cili kisar
2 senduk bawang kisar
1/2 ketul (150gm) gula melaka - hiris
100 ml air asam jawa (pekat)
3 sudu besar kicap
garam secukupnya
Minyak goreng secukupnya

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng daging rebus yang telah dihiris dan diketuk tadi. Angkat dan toskan.
Kurangkan minyak hingga tinggal lebihkurang 1/2 cawan sahaja. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, kicap, gula melaka dan garam secukupnya. Sebatikan dan biar hingga terbit minyak.
Masukkan daging dan bawang goreng. Gaul sebati. Sesuaikan rasanya.
Hidang.


Mantap!!! Makan dengan roti pun sedap nih...


Sunday, November 6, 2011

Petai Rampai

Salam Aidil Adha akaq ucapkan pada semua kawan2 yang sedang melayari blog akaq yang tak seberapa ini. Teruknya kan sebab akaq ni dah kurang beno bagi perhatian pada blog nih. Dah tak rajin nak menulis. Dah tak rajin nak meng'up n don'loadkan gambor. Dulu masa kerja ingatkan dok rumah boleh punya banyak masa nak merapu... tapi keadaan sebaliknya bila kita dah meninggalkan alam pekerjaan kita... lebih sibuk, tak habis2 nak buat itu ini... bertambah2 benda yg nak dibuat. Kesian akaq...
Hari ni hari ke2 kita beraidil adha. Alhamdulillah, juadah hari raya akaq, nasi dagang, dah habis licin pada petangnya. Lega, tak der pembaziran, hati pun senang. Jadi untuk hari ini akaq masak simple2 jer, nak hilangkan 'muak santan' masakan semalam. Memang laju la semuanya makan...


Petai Rampai (akaq mmg suka hidangan yang meriah berwarna warni)
3 papan petai - hiris
2 biji bawang besar - hiris
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
4 biji cili api - hiris
1/2 cawan ikan bilis - goreng
1/2 biji jus lemon
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, goreng hingga sedikit layu.
masukkan hirisan cili, gaul rata. tambahkan petai dan ikan bilis goreng.
perahkan jus lemon, tambah garam secukup rasa.


Telur dadar
4 biji telur
1/2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang kisar
1 ulas bawang putih - cincang halus
garam secukup rasa
hirisan daun bawang dan saderi

campur semua bahan dan pukul hingga sebati.
panaskan sedikit minyak ke dalam kuali, goreng campuran telur hingga masak.

Monday, October 17, 2011

Siakap Tiga Rasa

Akak ni kalau masak untuk makan siang atau malam tidak ler suka banyak2 jenis. Cukup satu lauk satu sayur. Lagipun tuan tanah kata, kalau dah pelbagai jenis ni susah nak menghayati rasa apa dalam mulut... hahahaha... ingatkan menyanyi jer dia menghayati, rupanya bab makan pun dia nak menghayati jugak... feellll...

Hari ni akak masak sekali jer dek non... sebabnya akak tinggal sorang diri jer siang tadi. Anak2 sekolah, tuan tanah lak ada kerja. Jadi akak masak untuk makan malam jer la. Huh! Senang akak dek non... siang tadi kebuluran akak makan biskut kering jer... huhuhu... padan muka akak kan!

Sebabkan masak sekali jer, akak buat la spesel sikit, tupun atas permintaan tuan tanah ler, aritu ke pasar beli siakap. Dimintanya Siakap Tiga Rasa... ambik koooo... habis korek resipi sana sini. Hasilnya tidak mengecewakan si peminta. Beberapa kali naik 'jempol'nya. Siap sound lak tu... 'Lepas ni tak payah la oder kat tomyam tu ye, kat rumah dah buleh dapat.' Emmm... akak tak der hal punya... bahan cukup, kayuh jer la... kan?!

Meh kita tengok resipi macam bagus akak nih...


SIAKAP TIGA RASA

1 ekor siakap (900gm – 1kg) – dibersihkan, lumurkan dengan lada putih, garam, serbuk kunyit dan tepung jagung, goring, ketepikan

Kisar/cencang halus
6-8 biji cili merah – tambah cili api untuk lebih pedas
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

2 biji tomato – dadu
1/4 biji nenas – dadu
Daun ketumbar – hiris
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos sotong
1/2 cawan air
Garam gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, goreng hingga layu, kemudian masukkan halia dan cili. Kacau hingga naik bau, masukkan semua sos dan air. Masukkan nenas kemudian tomato. Kacau rata biar mendidih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah sedikit pekat. Boleh jugak masukkan bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Siram kuah ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar.


Sayur ni akak suruh anak dara yang masak. Tapi kita pun kena gak pegang senduk ngan kuali tu. Alahai... terjerit2 la suara dok tanya nak buat cemana? potong camana? berapa banyak? pastu apa??? hahaha... letih akak, baik akak turun sendiri.
SAYUR GORENG CACA MARBA

3 batang kacang panjang - patah2 1 inci panjang
1 batang seleri - hiris
1/2 batang lobak merah - hiris membulat
bunga kobis - agak2 ler berapa byk nak, pecah2kan

bahan tumis
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 batang cili merah - hiris
secubit ikan bilis
sedikit air
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada putih
2 sudu minyak masak

panaskan minyak, masukkan bahan hiris dan ikan bilis. goreng hingga naik bau.
masukkan lobak merah dan bunga kobis. tambahkan sedikit air. biar mendidih hingga sayur sedikit lembut.
Masukkan kacang panjang dan batang seleri. kacau gaul. Tambahkan garam dan lada putih secukupnya.
Angkat bila sayur sudah nampak lembut.


Amacam? Ok kan...
Selamat mencuba!!!

Sunday, October 16, 2011

Shepherd's Pie

Kentang memang banyak kat dapur tu, teringin lak nak buat shepherd's pie. Rupanya tak lah susah mana nak buatnya. Senang jer....

buat dua version inti...

Inti daging cincang
400 gm minced beef
1 sausage - sliced
1 1/2 labu bawang besar - diced
2 ulas bwg putih - crushed n chopped
4 tbsps chilli sauce
2 stalks celery - diced
capsicum - diced
chopped button mushroom
grated carrot

heat oil, saute onion and garlic to tender. add chilli sauce, mix well. add mince beef bring to cook. add mushroom, celery, capsicum and carrot. season in salt to taste.


Inti ayam cincang400 gm ayam cincang
1 1/2 labu bawang besar - diced
2 ulas bwg putih - crushed n chopped
4 tbsps chilli sauce
2 stalks celery - diced
1 red chilli - sliced
chopped button mushroom
grated carrot

heat oil, saute onion and garlic to tender. add chilli sauce, mix well. add mince chicken bring to cook. add mushroom, celery, chilli and carrot. season in salt to taste.


Kentang Putar (Whipped Potato)
600 gm - peeled, boiled until tender, mashed
1 cup uht whip cream
salt to taste
2 tsps pepper

combine all ingredients, whip til smooth mixture is formed.



spread filling evenly in a deep glass baking dish.


spread on top with whipped potato.
sprinkle with cheese if desire. bake 180 celcius for 30 minutes or when topping turns brownish...
Ready to serve.

Senang kan???

Ikan Pekasam

Ikan pekasam, sesekali pekena... tu dia... tak hengat donia akak dek non... laju jer. Kena lak nasi panas2... perggghhh!!! tak payah lauk lain la, memang potong beb!!!

Tapi akak and abang ni tak buleh la nak ikut perasaan sodap tu... Bukan susah nak masaknya... cuma akak susah nak control diri bila dah ngadap, orang muder2 macam kami ni kena la hengat2 diri selalu. Dah tak buleh nak main belasah jer... walaupun sodap, walaupun paberet, kena catu nasik tu... huhuhu... kalau tak nanti ada yang masuk spital.

ikan pekasam - goreng (satu rumah bau)
bawang besar hiris
halia - mayang halus
cili merah/hijau -hiris (cili api lebih power!!!)
limau kasturi/nipis/lemon

kurangkan minyak gorengan ikan tadi. masukkan bahan hiris, goreng hingga layu.
angkat dan sebarkan di atas ikan tadi. perahkan limau kasturi/nipis atau lemon.
siap untuk dihidang.


Creamy Carbonara Pasta

Permintaan anak2 ni kekadang satu cabaran untuk kita mencuba sesuatu yang di luar kebiasaan kita. Along dah lama minta dibuatkan speghetti carbonara nih. Tapi akak yang tiada keyakinan nak mencubanya. Penat asyik menepis dan mencari alasan, akhirnya akak kuatkan diri untuk mencuba gak. Gini ler jadi ghopernya...
Resipi ni akak olah dari bahan2 bacaan dan jugak dari internet. Akak 'mix n match' kan mengikut keadaan dan selera tekak akak ye. Apa2 pun sesuaikan lah dengan 'availablity' bahan dalam dapur kita jugak.

Speghetti - masak ala dante mengikut arahan di pek
minyak jagung (olive oil lebih baik)
bawang besar - dadu atau cincang
bawang putih - pecahkan dan cincang
sosej - hiris
cendawan - hiris (akak guna hak dlm tin)
chicken stock - akak guna stock udang sbb tu yg ada
uht cream
telur - pukul sedikit
garam
lada putih

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga lembut.
Masukkan sosej hiris, goreng hingga sedikit garing, kacau gaulkan cendawan. Masak sebentar.
Tambahkan dan sebatikan stock dan krim, masak hingga mendidih. Turunkan suhu, renehkan hingga kuah pekat.
Masukkan telur, garam dan lada putih. Kacau rata dan sebati biar reneh seketika lagi sebelum campurkan speghetti atau pasta ke dalam kuah.
Boleh dihidang bersama roti bawang putih dan salad jika mahu.



Jenganan aka Pecal Sayur

Kalau rasa malas nak makan nasi, buntu nak masak pelbagai lauk pauk... nak jadi vegetarian ker... cuba jer resipi simple kita nih. Kuah tu kalau tak der cekur atau kencur pun ok jugak... ada cekur lebih menaikkan aromanya. Bagi mereka2 yang tinggal diluar asia yang sukar nak mendapatkan bekalan cekur tu pun boleh makan pecel ye...


Tempe - goreng & potong kecil
Tauhu - goreng & potong
taugeh - celur
kacang panjang - celur
kangkong - potong dan celur
sengkuang - hiris
lobak merah - hiris nipis (kita sagat jer)
timun - hiris nipis


Kuahnya:
Kacang tanah - goreng
cili api
bawang putih
gula dan garam - secukup rasa
perahan air asam jawa

Lumatkan kacang tanah, cili api dan bawang putih. Campurkan air asam jawa. Perasakan garam dan gulanya.



Grilled Fish

Cuba cuba buat grilled fish sendiri. Sosnya akak buat sendiri hasil dari pembacaan akak pada resipi2 yang ada di internet dan buku.

Sukatannya pandai2 la mengagak ye. kalau buat banyak ada lebih tu boleh simpan frozen untuk buat lain kali.

Sos memanggang

bahan kisar:
bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, belacan, cili api, cili kering, daun limau purut dan serai

minyak utk menumis, perahan lemon, garam dan gula

Cara: Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga sedikit kering. Tambahkan perahan lemon, garam dan gula secukupnya. Siap untuk diguna.


1) Bersihkan ikan.

2) Bentang foil dengan lebar secukupnya. Alaskan dengan daun kunyit (daun pisang pun boleh). letakkan ramuan secukupnya. Letakkan ikan di atas ramuan tadi.

3) Lumurkan lebihan ramuan di atas ikan tadi. Tutup semula dengan daun kunyit. balut foil dengan kemas.

4) Bakar dalam oven 180 darjah celcius selama 1 jam atau hingga foil membuncit.

5) Tebuk foil ditengah2 gelembung tadi, potong 'X' dengan gunting. Hati2 dengan wap panas.
6) Selamat menjamu selera!!!
Hasilnya... isinya lembut dan sungguh 'moist' tidak kering seperti selalu kita panggang ikan secara normal.