Thursday, February 16, 2012

Ayam Sambal Serai Berempah dan Nasi Lemak

Malam ni akak terajin skit... buat nasi lemak siap ngan lauk ayamnya sekali selain sambal tumis ikan bilis dan pelengkap lain. Gian gak kalau lama tidak kerja keras bila masuk ke dapur. Lagi satu sebab semalam dah terrrrrrrrrrrrrrrajin mengisar 3 kg bawang dan 1/2 kg cili kering. Banyak tu dek non... bila dah siap cam ni, baru la akak rajin nak perasap dapur tu... hehehehe...

Akak ni kalau masak, mana ada main ngadap resipi dek non... balun jer campak apa yang ada kat dapur tu. Sebab tu kalau bahan asas dah siap kisar bagai, tahap kerajinan akan naik tinggi melangit. Bila idea datang terus jer capai2, humban...

Okeh, tadi akak masak nasi lemak. Bukan baru ni jer akak buat nasi lemak, dah selalu dah... tapi kali ni agak special sikit sebab akak guna beras mahal, beras basmathi yang orang selalu guna untuk masak nasi beriyani tu. Suka tengok nasi tu panjang2 gitu... Lagipun ianya sesuai untuk orang2 yang berpenyakit kronik cam akak ni. Kurang berkanji berbanding beras wangi atau beras biasa. Nasi pun peroi jer...

Nasi Lemak Beras Panjang
4 cawan beras basmathi
1 cawan santan pati
6 cawan air
1 inci halia - hiris
2 biji bawang kecil - hiris
1/2 sudu kecil halba (optional, tak ada pun tak per)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cuci beras hingga bersih dan rendam 30 minit. Toskan.
Masukkan beras dan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga air hampir kering. Kacau rata dan kecilkan api. Biar selama 15 minit.
Kacau rata sekali lagi dan matikan api. Tunggu sebentar sebelum dihidang.


Mulanya ingat nak buat sambal ayam gitu. Tapi bila dah godam2 dapur tu jumpa macam2. Tiba tiba timbul idea untuk memasukkan semua bahan2 yang terkumpul di dapur tu. Ku campur2 semua maka terciptalah resipi akak nih. Tak tau la kalau ada orang lain pernah buat camni gak... biasa la, resipi ni pi mai pi mai, tang tu gak... janji jempol orang yang makan tu naik tegak.
Ayam Sambal Serai Berempah
1/2 ekor ayam - bersihkan, potong kecil atau ikut suka ler nak besor mana
3 batang serai - hiris halus
4 sudu besar cili kisar (nak pedas tambah cili api)
5 butir bawang merah (lebih pun ok gak)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
perahan asam jawa
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bersihkan ayam dan ketepikan.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serai. Campurkan bersama cili kisar, serbuk jintan dan ketumbar - jadikan pes.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan campuran bahan kisar tadi. Biarkan hingga agak kering. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus. (Kalau ada yg terbersin tu kira tumisan dah ok).
Masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan tumisan. Tutup kuali dan biarkan hingga ayam separuh masak. Tuangkan perahan asam jawa. Didihkan.
Lengkapkan dengan garam dan gula. Biar ayam masak sepenuhnya dan sambalnya pekat.
Taburkan hirisan bawang jika mahu.
Sedia untuk dihidang.


Sambal bilis tu cam biasa jer la, tak der lainnya. Sama jer cam yang pernah akak buat sebelum ni. Cuma orang selalu tanya kenapa sambal akak tu warna gelap? Heheehe... yang sebenarnya akak pun tak tau la camana. Tapi memang tiap kali akak buat sambal tak pernah dapat kaler merah terang. Adakah ia ada kena mengena dengan teknik memasak itu sendiri? Emmm... korang kaji la sendiri ye sebab akak malas dah nak perah2 otak nih... nak banyak relaks jer...
Ok... selamat mencuba dan menjamu selera...

Tuesday, January 17, 2012

Pecel Pari/Tuka

Dah lama teringin nak buat tapi tak ada kekuatan. Memerah otak nak ingat balik semua bahan2 yang digunakan. Sudah puluhan tahun ditinggalkan. Kedua orang tua pun dah tak ada nak tanya.

Dulu kalau arwah emak atau arwah bapak buat, tanya ni apa? Mereka jawab 'Pecel'. Memang tersematlah di sanubari rasa pecel nih. Agaknya mereka jer yang panggil dengan nama tu. Tapi bila dok KL, bila sebut pecel, jangan kata rasa, rupa pun lain. Puas la tanya, semua jawaban tak berapa 'match' ngan apa yang ada di kepala.Setelah puas pusing keliling alam siber ni, rupa2nya ianya sama dengan 'masak cekur'. Memang bahan utama ada cekur atau kencur dalam bahasa jawa, barulah cukup rasanya. Yang tak best nih, puas keliling, cari daun cekur tak der pulak. Sampai ke pasar cari, memang tak ada rezeki. Nasib baik bijinya ada, cukuplah cuma kurang meriah tak nampak daun2 nya dalam kuah.

Cukup senang penyediaannya. Ikan perlu di panggang dan kuah santannya kalau buat sikit untuk sekali makan, tidak perlu la masak. Tapi arwah mak dan bapak suka kacau atas api hingga mendidih sedikit, katanya supaya tidak cepat basi. Ye la kan... dulu2 mana ada peti ais...
Selain ikan pari/tuka, boleh gak ganti dengan ikan jenis lain seperti cencaru atau kembung panggang. Ikan keli (lele) pun selalu digunakan (keluarga akak tidak berapa pandai makan ikan keli). Kalau nasib baik, sesekali Arwah bapak turun ke dapur, dia suka buat pecel terung (kena panggang jugak). Kami makan hingga jilat jari...

Pecel Tuka

2 ekor ikan pari tuka – panggang dan siat2kan
100ml pati santan + ½ cawan air masak
10 biji cili padi yang masih hijau
2 biji isi kencur (cekur)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
Sedikit belacan
garam & gula
2 helai daun kencur - mayang (kalau akak suka siat2 jer tp kali ni tak jumpa daun, cuma ada buah jer)

Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Panggang hingga masak.
Tumbuk cili padi bersama belacan, bawang merah, bawang putih, halia dan isi kencur (cekur).
Campurkan semua bahan tumbuk ke dalam bancuhan santan. Campurkan garam, gula dan daun kencur.
Kacau di atas api sederhana hingga mendidih.
Masukkan ikan yang telah dipanggang dan disiat2 tadi.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.

Atau:
Campurkan semua bahan tumbuk ke dalam bancuhan santan, campurkan garam, gula dan daun kencur. Kacau sebati.
Letakkan ikan pari di atas pinggan dan tuangkan kuah santan.


Thursday, January 12, 2012

Lempeng Bodo Kuah Durian

Malas nak menjala roti, akak buat la lempeng bodo untuk makan bersama kuah durian ni. Bukan susah sangat pun... sebenarnya tadi akak pun malas nak melempeng, tapi jiwa ni meronta2 nak mencoleknya... lagipun kalau tak bancuh sekarang, kejap lagi tuan tanah balik nak kena buat jugak.
2 cawan tepung
1 biji telur
sedikit garam
air/susu secukupnya
Pewarna (jika suka)

Satukan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
Panaskan kuali tak lekat, sapu sedikit majerin. Dadarkan adunan. Biar hingga masak.
Hidangkan.

Kalau tak der kuah durian, colek ngan sambal tumispun sedap jugak.

Serawa/Kuah Durian

Dah berapa hari terbayang2kan kuah durian (panggilan orang johor) nih, nak makan ngan lempeng lah, roti jala lah, roti putih lah... macam2 lagi la... terasa2 pulak bubur kacang durian sejuk masuk mulut, turun ke tekak kendian ke perut... pergghhh!!!

Dah rezeki gamaknya... semalam gi jumpa kawan, dia bagi makan durian. Ada lebih 2 bijik sebab diorang dan kami anak beranak pun dah tak buleh habis dah, dia bagi bawak balik. Entah jenis apa la durian tu, isi tebal biji pun byk yang nipis. Satu biji junam dalam periuk, letak gula, garam, tuang santan + air... terus naik atas api...

Masukkan:
1 bijik isi durian (nak buang biji boleh, kalau malas masukkan jer)
3/4 cawan gula pasir (kalau nak tambah gula melaka atau brown sugar pun boleh)
1/2 sudu kecil garam
daun pandan

Tambahkan 500 ml pati santan

Tambahkan 500 ml air
Masak api sederhana hingga mendidih dan pekat.

Siap untuk dihidang bersama - roti jala, roti putih, lempeng tepung atau sebagainya...

Tuesday, January 10, 2012

Double Layer Burger

Hidang malam nih... lagi sempoiiiiiiiiiii... homemade burger. Double layer lagi... amik ko...
homemade bun + vege + cheesy mayo + chilli sauce+ telor + cheese + beef patties (beli punyo) + cheesy mayo + chilli sauce + vege + bun

Tumis Kecipir dan Taugeh + Ikan Goreng Tepung

Hidangan untuk dinner semalam. Sempoi jer... 1 sayur 1 lauk cukup dah...

1) Tumis Kecipir dan Taugeh

6 batang kecipir (kacang boto) - hiris
50 gm taugeh (tak mau pun tak ngaper)
1/2 biji bawang besar - hiris
1 batang cili merah - hiris
secubit ikan bilis
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan ikan bilis hingga naik bau. Masukkan cili merah, taugeh dan kecipir. Kacau rata. Masukkan garam dan air sedikit. Goreng jangan sampai layu sangat.


2) Ikan Sardin Goreng Tepung
Bahan 'batter'

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh ketumbar serbuk/kisar
1 sudu teh jintan serbuk/kisar
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh garam

satukan semua bahan dalam mangkuk, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit. Kacau hingga semua bersatu dan tidak terlalu cair.

Friday, January 6, 2012

Black Pepper Honey Crabs & Pea Sprouts in Oyster Sauce

Rajinnya akak deknon... arini terus jer update blog... semangat nih... sementara mood tengah tinggi menggunung...Hidangan 'lunch' hari ini atas permintaan tuan tanah. Berapa hari dok sebut ketam... ketam... sanggup meredah kegelapan pagi ke pasar borong. Akak suka la... pulun jer apa teringin ;). Bab masak ketam ni akak suka jenis kering atau berkuah likat. Mesti ada rasa masam manis pedas, baru selera nak membaham.

Black Pepper Honey Crabs (Ketam Lada Hitam Bermadu)

3 ekor ketam - bersihkan dan goreng
1 sudu besar bawang putih cincang
5 biji cili api - hiris halus
1 inci halia - cincang
1 pokok daun ketumbar - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1/3 cawan sos cili
1/2 cawan sos black peper
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan madu
1/2 cawan air
1/2 biji jus lemon
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan hirisan daun, cili api dan halia, goreng hingga naik bau. Masukkan semua sos, madu, jus lemon dan air, kacau sebati hingga mendidih dan pekat. Perasakan garamnya.
Masukkan ketam, gaul hingga sebati dengan sos. Biarkan hingga kuah sedikit kering.
Hidangkan.

*************

Waktu dok tinjau2 di bahagian sayur, terpandang sejenis sayur. Setiapkali ke pasar akak selalu termenung bila ngadap sayur ni. Kawan bagitau namanya Taumiau atau 'Pea Sprouts'. Emmm... patutlah masa akak masak cam ada bau taugeh... jenis taugeh gak ghopernya...

Masakan yang ringkas rasanya lebih sesuai. Jadi, masak dengan sos tiram mesti sedapkan...

Taumiau Goreng Sos Tiram

150 gm taumiau
50 gm udang - buang kepala
1 sudu kecil bawang putih cincang
1 biji bawang besar - hiris
1 batang cili merah - hiris
2 sudu besar sos tiram
minyak utk menumis

Bersihkan sayur dan toskan airnya.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, goreng kekuningan. Masukkan udang, kacau rata. Kemudian masukkan sos tiram dan bawang besar. Kacau sebati.
Masukkan sayur dan hirisan cili, kacau gaul hingga rata. Masak hingga sayur sedikit layu.
Hidangkan.


Pakoras/Bhaji (Indian Fritters)


Frankly, akak belum pernah pun rasa hidangan ini yang disediakan oleh yang pakar. Sebelum ni akak tak pernah tau pun alkisah hidangan tersebut, maklumlah ianya bukan kelahiran tanahair kita tapi di bumi Bollywood dan Mollywood sana. Dek kerana kengkawan akak yang baru balik dari JJCM ke Ho Chin Min baru ni sibuk bercerita tentang keenakkan rasanya membuatkan akak rasa teruja untuk mencuba, jadi akak pun merayau la ke serata internet meneliti tentang kewujudan dan sekaligus mentelaah bab resipinya (ni yang penting kan...).

Hidangan ini mempunyai nama yang berbeza dari segi bahasa mengikut kawasan dan etnik tetapi pada asasnya penyediaannya tidak jauh berbeza antara satu etnik dengan etnik yang lain. Sila rujuk Wikipedia di sini. Senang cerita ianya sama seperti cucur di kalangan masyarakat kita tetapi uniknya Pakoras ini adalah rempah ratusnya membuatkan rasanya sangat berbeza.

Berdasarkan pengalaman kawan2 akak tu, berpandukan video2 yang terdapat di internet, akak cuba beberapa kali mengikut citarasa akak sendiri.

Pakora Bawang

1 biji Bawang besar - hiris
1 biji Kentang - kupas dan hiris memanjang
1 batang cili hijau - hiris
1 pokok Daun Ketumbar, Daun bawang, Daun Sup - hiris

Tepung kacang kuda - secukupnya
1 st garam masala
1 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan
1/2 st serbuk kunyit
1 st serbuk cili
1/2 st pes halia
1 st bwg putih cincang
1 st garam
air

Masukkan bahan sayur ke dalam mangkuk besar. Masukkan kesemua bahan rempah, halia, bawang putih dan garam. Gaul hingga rata.
Gaulkan tepung kacang kuda hingga menyaluti seluruh bahan sayur tadi. Tambahkan sedikit air dan gaul sebati supaya tepung melekat pada sayuran.
Goreng dalam minyak panas seperti menggoreng cucur. Goreng hingga bertukar warna keemasan.



Pakora Peria Katak
(Asasnya sama tapi ada penambahan bahan dibuat).
2 biji peria katak - hiris nipis, basuh dgn air garam dan toskan
1 biji Bawang besar - hiris
1 biji Kentang - kupas dan hiris memanjang
1 batang cili hijau - hiris
2 pokok Daun Ketumbar - cincang

Tepung kacang kuda - secukupnya
2 sudu besar tepung beras
1 st garam masala
1 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan
1/2 st serbuk kunyit
1 st serbuk cili
1/2 st pes halia
1 st bwg putih cincang
1 st garam
air

Masukkan bahan sayur ke dalam mangkuk besar. Masukkan kesemua bahan rempah, tepung beras, halia, bawang putih dan garam. Gaul hingga rata.
Gaulkan tepung kacang kuda hingga menyaluti seluruh bahan sayur tadi. Tambahkan sedikit air dan gaul sebati supaya tepung melekat pada sayuran.
Goreng dalam minyak panas seperti menggoreng cucur. Goreng hingga bertukar warna keemasan.


** Pilihan sayuran mengikut citarasa masing2. Sedap dimakan bersama sos cili atau sambal tumis (yg ni ikut selera akak).

Thursday, December 29, 2011

Homemade Burger

Ya Allah! dek non... lamanya akaq tidak menjenguk rumah ni ye. Dah sebulan ghopernya. Bukan apa akaq sibuk lak ngan program2 tuan tanah di musim cuti ni, kerana waktu2 gini la kami sekeluarga ambil kesempatan 'JJCM' ke serata tanahair jika ada rezekinya. Bila dah pusing merata nih, dapur tu kurang la berasapnya... :D

Kali ni akaq cuba buat burger sendiri. Geram gak, makan burger tak cukup satu keping. Nak beli banyak2 nanti orang kata kita gelojoh, tamak, buruk lantak... Buat sendiri puashati... hamek ko nak besor mana... akaq tak kesah dek non... molot sendiri, perut sendiri... hehehehe... layan je lah...

Ni pun kes nak ngabiskan khazanah yang hampir luput tarikh tu... sedor tak sedor peti es akaq cam peti besi harta karun lak... hahahaha...


Bahan2nya:
400 gm daging cincang (akaq guna Ramly) - cuci dan toskan air
100 gm bawang besar - cincang atau kisar tanpa air
2 ulas bawang putih cincang
1 sudu besar mayonis (kalau tukar ke keju lagi best)
1 sudu besar lada putih (tukar lada hitam untuk lebih 'hot')
1 biji telur
1 sudu teh garam
100 gm serbuk roti (secukupnya lah)

Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati hingga boleh dikepal2.
Bentukkan seperti bebola dan leperkan. Biarkan sekejap sebelum digoreng dengan sedikit minyak/mentega.
Siap untuk dihidang.

**Boleh dapat 8 ketul seberat 90++ gm setiap satu.

Selamat Mencuba!!!

Sunday, November 27, 2011

Masak Lemak Tulang Ikan Talang Masin dengan nenas

Kemas2 freezer, ada bungkusan plastik merah. Rasanya ada dah lebih setahun bertapa kat situ. Bila bukak... tu diaaaa... tulang ikan masin. Teringat ada nenas muda lebihan buat siakap 3 rasa aritu. Apalagi... ni lah jadinya... bertambah2 akak bedal nasi dek non... lain akak tak pandang dah. Yang best lagi mencabar tu... tengah nak masak gas habis. Ish... geram pun ada, apahal dia habis masa akak tengah begitu 'excited' nak memasak. Cepat2 akak soh anak bujang gi kedai beli gas. Nak cepat masak ni sebab dah tak sabor nak meratah.

Anak balik dari kedai melenggang giler... akak tanya dapat tak? Dia jawab kedai bukak, gas ada, tapi kalau nak kena pikul sendiri. Mak aih... sapa nak pikul, akak mana ada kederat... aduhai... semua kedai tak mau hantar gas, alasan tak ada orang nak buat. (tp yg nyata depa tu tak mau hantaq, mai pikul naik sampai tingkat 3 gitu...)

Fenin akak dah... perut dah berirama... pelbagai genre dah... teringat nebor depan blok meniaga runcit tapi jauh la pulak. Akak call dia, tapi dia tak jual gas pulak. Adoiiii... fenin... masalahnya Tuan Besar yang gagah perkasa tak der kat sini... kalau dia ada, tidaklah akak sekalut ini... alahai...

Nasib baik nebor akak tu baik hati membantu mencarikan penjual gas berdekatan kedainya. Alhamdulillah, sampai gak depan pintu akak walaupun dah terlalu lewat disebabkan hujan yang lebat. Cadangan utk lunch dilanjutkan untuk dinner... tak per lah janji dapat makan...

Masak Lemak Tulang Ikan Talang Masin dengan Nenas

500 gm tulang ikan talang masin - potong sesedap rasa
1/2 biji nenas muda - hiris
5 biji cili api - kisar
1 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu teh bawang putih kisar
1 inci kunyit - kisar
500 ml santan cair
600 ml santan pekat

Masukkan tulang ikan talang, nenas, bahan kisar dan santan cair ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Tambahkan santan pekat, kacau hingga mendidih jangan sampai pecah minyak.
Hidangkan.