

Nasi Kurma Ayam
Pajeri Nenas
Nasi Briyani Ayam1 ekor ayam – potong kecil dan bersihkan
8 cawan beras basmathi – cuci, rendam 15 minit dan toskan
8 cawan air
2 helai daun pandan – bersihkan dan simpul
100 gm rempah briyani + sedikit air jadikan pes
1 cawan yogurt asli / tairu (susu cair + perahan limau nipis)
2 biji tomato – dadu
1 pokok daun ketumbar
Gajus/kismis (option kalau suka)
Garam secukup rasa
Bahan Tumis
2 biji bawang besar – dimayang halus
5 ulas bawang putih – dihiris halus
1 inci halia – diracik halus/tumbuk
Rempah tumis – buah pelaga, bunga lawang, kayu manis dan cengkih
250 gm minyak sapi
Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan tumis dan goreng hingga wangi. Masukkan daun pandan dan pes rempah gaul rata hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
Masukkan air (boleh tambah sedikit lagi jika mahu) dan biarkan didih menggelegak baru masukkan yogurt. Tunggu hingga mendidih semula.
Masukkan beras yang telah ditoskan airnya. Gaul rata dan masak nasi hingga kering sedikit.
Masukkan tomato, daun ketumbar, gajus dan kismis. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
Dalca juga adalah percubaan yang entah keberapa kali tapi Alhamdulillah, kali ini memang menjadi sungguh. Tukang komplen pun bagi 'two thumbs up'... semangat! semangat!
Dalca
Jelatah
Pajeri Nenas


Steak - 4 servings

Juadah dinner tadi...
1 pack kacang buncis - bersihkan / french beansSiakap Masam Manis
ni main campak2 jer
1 ekor siakap - bersihkan, perap bersama garam + pepper dan goreng
2 sudu besar pes cili
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 inci halia - cincang
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 biji bawang besar - hiris
2 biji cili merah + 1 biji cili hijau - hiriscarrot - potong ikut sukagaram gula secukupnyaminyak utk menumis
Letakkan ikan yg telah digoreng kedalam pinggan hidang.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dan halia, goreng hingga terbit minyak. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan carrot. Biarkan didih.
Masukkan bahan hiris, garam dan gula secukup rasa. Tuangkan ke atas ikan tadi.
400 gm sliced smoke beef - cut to small pieces

6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
hahhaha... bukan le niat nak menipu.. tp kes nak cepat... segera... guna perencah pre-mix dari jenama pasaraya gergasi. not bad la rasanya... sbb semua dah ada kat dlm tu. cuma tambah kan bawang besar dan hias daun bawang jer. tp kita suka hati tambahkan cili merah hiris. masak pun ikut jer instruction kat paket tu. siap! makan ngan nasik jagung tadi.

2kg daging (lembu/kambing)
250g rempah rendang
4 senduk kecil cili kisar (nak pedas tambah lagi...)
3 senduk kecil bawang kisar
1½ senduk kecil bwg putih kisar
2 sudu besar halia kisar
2" kunyit hidup
lengkuas
6 batang serai - kisar bersama kunyit dan lengkuas
rempah tumis - kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
1 liter susu penuh krim
1 senduk kecil kerisik
gula melaka dan garam secukupnya
minyak untuk menumis
hirisan daun kunyit
daun limau purut yang di siat2
Satukan rempah rendang dan bahan kisar.
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis hingga wangi dan masukkan semua campuran bahan kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan daging, susu, kerisik, gula dan garam. Biarkan mendidih. Kacau sekali sekala. Masukkan daun limau purut. Masak hingga kuah pekat.
Asam Pedas ikan mackerel dengan terung asam dan bunga kantan. Resipi cam biasa boleh tengok kat sini. Bahan datang dari jauh nun dari Kuching. TQ Kak Dee n Abang Ghazi.
Bihun goreng jer. Buat utk berbuka entah bila. Main masuk jer, semua ekspress... balik kerja main tibai jer...
Cucur udang... pemberian nebor depan rumah. Tq kak Nazirah. Habis kami bedal...
Taugeh masak lemak putih. Tiba2 mat rock mintak sayur ni. Awalnya kita nak goreng jer sbb dah ada telur masak kicap yang berkuah. Rupa2nya dia teringat lebihan sambal belacan yang kita buat untuk laksa tu, nak jadikan regu la tu sbb ada ikan goreng jugak. Dia kata teringat makanan kat asrama dulu... hahahha... sanggup dia ke kedai beli santan.
Hari pertama puasa tahun ini, kita hanya sempat menyediakan juadah ringkas untuk berbuka. Dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, Laksa Sarawak adalah yang paling mudah untuk disediakan.
hah.. dah banyak sangat buat nasi goreng, dah macam2 versi. maklum lah, kita ni kan rajin gitu... hahaha... tak koser teman... Kali ni kita bagi nama special... tak tau tang mana special... hehehe. Senang jer, anak bujang kita tu pun dah boleh buat. Kak Long lagi suka sbb dia pun jenis 'rajin' cam emak dia nih. Basic sama jer, cuma pelbagaikan isiannya. Bior meriah gitu....
NASI GORENG RAMPAI
Tumbuk halia, kunyit, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
memang mabeles... anak2 meratah gitu aja...
Panaskan minyak dalam kuali. Saute bawang putih hingga perang, masukkan sayur campur, kacau goreng sebentar. Heat up oil in a pan. Saute garlic until golden and add in mixed vege. Stir well.
Let's share the secret... hahaha...
Celupkan risoles siap gulung kedalam telur yang telah dipukul sedikit dan salutkan dengan serbuk roti. Simpan dalam peti beku atau boleh terus digoreng dengan api perlahan. Tiriskan minyak di atas kertas tisu.
oppss!!! resipi??? oooo... resipi ada kat kotak beras tu. Instant tu beb, mana reti nak buat sendiri. Kita beli beras tu masa pergi Singapore hujung tahun lepas, dalam kotak siap ngan rempahnya sekali. Ikut jer instruction kat kotak tu, sure jadi punya... hahahaha... tapi tu ler... tak der dalca atau acar. Emmmm... layan jer la, dah orang masak kita tinggal makan jer...