Monday, February 9, 2009

Daging Kicap, Kailan Goreng dan Kembung Goreng

Masak bidan terjun untuk lunch anak beranak. Daging korban yang membeku sekian lama. Ingat nak masak beryani, tapi mat rock dah masak nasik putih masa kita bangun... kurang sehat sikit ingatkan nak ajak pulun kat luar jerk... rupa2nya dia anak beranak dah sibuk kat dapur. Kita sambung jer, dia kata nak daging masak kicap. Nie la jadiknya...
A
500g daging - ptg kecil
1/2 inci halia - ketuk
1 ulas bawang putih - ketuk

B
4 butir bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - mayang halus
rempah tumis - kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
1 sudu kecil lada hitam - ketuk kasar
1/2 botol kecik kicap soya
3 sudu besar sos tiram
1/2 biji lemon - ambil jus sahaja
2 sudu besar madu
1/2 cawan minyak masak
2 biji tomato - belah 8
2 biji bawang besar - potong baji
cili merah atau cili api

Masukkan A ke dalam kuali bertutup. Dengan api sederhana, biarkan ia mendidih dengan air yang keluar dari daging hingga air hampir kering.
Panaskan minyak di dalam kuali berasingan dan masukkan rempah tumis hingga naik bau kemudian masukkan bahan hiris (bawang merah, bawang putih, halia) hingga sedikit layu.
Masukkan lada hitam, sos tiram dan kicap dan biarkan hingga mendidih. Kemudian tuangkan bahan tumis ke dalam rebusan daging (A) tadi. Masukkan madu dan jus lemon, kacau rata. Biarkan seketika agar semua bahan mesra. Campakkan tomato, bawang besar dan cili. Biar mereneh sehingga bawang sedikit layu.
Hidangkan.


Pastu kita masak sayur kailan goreng jer... main campak baling ikut jer bahan yang ada depan mata...secekak kailan - bersihkan
2 butir bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
secubit ikan bilis
1 batang cili merah dihiris
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
minyak
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili dan ikan bilis hingga sedikit layu. Masukkan sos tiram dan air. Kacau rata dan biarkan sedikit mendidih. Masukkan kailan, kacau rata dan masak selama 2 minit. Tutup api dan hidangkan.
ada ikan kembung goreng... paling simple hehehe... dah dikeluarkan dari freezer oleh mat rock, malas nak masukkan balik, goreng jer... pastu gorengkan bawang merah hiris, bawang putih hiris dan cili, angkat dan tabur... kalau suka boleh la renjiskan kicap di atasnya...

3 comments:

maklang said...

maklang tengok gambar je dah jadik kenyang dah ni...

Penyulawa (Kak Anim) said...

wah... bagus tu, tgk gambar dah kenyang... tp kita, tengok gambar je tak cukup... lagi mau ngap... hehehe...

boxhousestudio said...

aku bukan tak nak jemput ko ...sogan da...ni ha gi amek award award kat blog aku tu....amek tau...cantek sangat utk di kongsikan di sini...cepat la...errr..lapar la nak makan?..