Sunday, February 15, 2009

Honey Chicken with Oyster Sauce


6 pcs chicken wings
2 tbsps honey
2 tbsps oyster sauce
tumeric powder
pepper
2 tsps salt
2 tsps mixed herbs
1 tsp oregano
2 tsps lemon juice

Poke chicken wings with fork. Mix well all ingredients and chicken wings, marinate for 30 minutes. Deep fry on medium heat. Sprinkle some honey on them to serve.


AYAM GORENG MADU SOS TIRAM
6 ketul kepak ayam
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk kunyit
lada putih
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil mixed herbs
1 sudu kecil oregano
2 sudu kecil jus lemon

Cucuk2 kepak ayam tadi dengan garfu. Gaul semua bahan dan perap selama 30
minit. Goreng dengan api sederhana. Renjiskan dgn sedikit madu semasa menghidang.

Udang Masak Kasturi

Source: Chek Ray of MTM
Bahan-bahan Yang Perlu

10 ekor udang besar
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 tomato merah
2 biji bawang besar
2 biji limau kasturi diambil airnya
2 tomato hijau secawan minyak masak garam secukup rasa
1/2 biji capsicum didadu (saja tambah, bukan dr resipi asal)


Cara memasaknya

Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat, panaskan minyak masukkan udang.

Setelah masak angkat udang.

Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana. Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.


Speghetti Creamy Sauce


Speghetti with Creamy Sauce

1/2 packed spaghetti - cooked with 2 tsp olive oil & drained
3 tbsps olive oil
100 gm meat - minced
1 tin Nestle cream
200ml santan cream
1 cup water
1/2 tin button mushroom - diced or thinly sliced
1 big onion - diced
3 cloves garlic - crushed carrot - grated coarsely
1/2 green capsicum - diced
Salt n Pepper to taste
Parmeson Cheese for garnishing (option)

Method
Heat olive oil, saute garlic and onion till fragrant.
Add in mince meat and let it cook well then add in mushroom.
Add in all creams and water. Simmer for a while and add in carrot and capsicum.
Taste it with salt and pepper. Pour on speghetti and sprinkle parmesan cheese before serve.

Rendang Daging


RENDANG CAMPAK

5 kg daging potong dadu (5kg diced/cubed meat)
600 ml santan kotak (600ml boxed coconut milk)
2 inci lengkuas - dihiris (2 inches galangal - sliced)

Bahan kisar / To blend
50 g cili kering direndam (250g dried chillies - soaked)
1/2 kg bawang merah (1/2 kg shallots)
8 ulas bawang putih (8 cloves garlic)
3 inci halia (3 inches ginger)
3 ketul kunyit sebesar ibujari (3 pcs of thumbsized tumeric)
9 batang serai (9 stalks lemon grass)
kerisik - agak2 (refer note below)
daun kunyit dihiris halus (tumeric leaves thinly sliced)
daun limau purut - hiris (kaffir leaves - sliced)
perahan pekat assam jawa (thick tamarind juice)
garam & gula secukup rasa (salt & sugar to taste)

Method

Masukkan daging, bahan kisar, lengkuas dan santan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana. Biarkan mereneh, kacau selalu hingga daging empuk dan air setengah kering.
Masukkan kerisik, daun kunyit, perahan asam jawa, garam dan gula. Gaul rata dan biarkan ia mendidih semula.
Perlahankan api, biar mereneh sehingga daging betul2 empuk dan kuah sedikit kering. Sebelum angkat, taburkan daun limau purut.

Add the Beef, blended ingredients, galangal and Coconut Milk in a wok. Cook in medium fire. Simmer uncovered, stirring frequently, until the meat is almost cooked and the water halfly gone.
Add the Turmeric leaves, kerisik, tamarind juice, sugar and salt. Mix well and let it boil again.
Lower the heat and simmer until the meat is really tender and the gravy has dried up.


Note:

Kerisik is ground coconut. To prepare the kerisik, roast of fresh grated coconut, either the traditional way in a dry Wok, stirring constantly, or in a slow oven until brown. Then grind finely, preferably when hot, because then it's crispy and easier to grind. Coconut oil may be produced if the coconut is old, in which case, simply combine it with the ground coconut.

Sambal Goreng


SAMBAL GORENG RESIPI EMAK

A) Deep fried n aside
tauhu - didadu (bean curd - diced)
tempe - didadu (tempe - diced)
kentang - potong memanjang (cut lengthwise)
cili kering dipotong2 (cut dried chillies)

Rendam / Soaked
soon (vercimilli glass noodles)
fucuk (foo chuk)
kincham (dried lillies)

kobis hiris halus memanjang (cabage cut lengthwise)
kacang panjang hiris serong (long bean - sliced slanting)
lobak merah hiris memanjang (carrot - sliced lengthwise)
udang segar (fresh prawns) kicap soya (soy ketchup)
minyak masak (cooking oil)

B) Bahan tumis / stir-fry ingredient
bawang merah dihiris (sliced shallots)
bawang putih dihiris (sliced garlic)
cili merah hiris (sliced red chillies)
ikan bilis (anchovies)

Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga kekuningan. Masukkan udang, kacang panjang, lobak merah, kobis dan kincham. Kacau goreng hingga setengah masak. Masukkan A dan kacau rata. Masukkan fucuk and soon dan tuangkan kicap soya. Gaulkan hingga semua bahan bersalut dengan kicap sepenuhnya. Kacau goreng lagi selama lebihkurang 3 minit.
Heat oil and stir-fry B ingredients till golden. Add in prawns, long bean, carrot, cabbage and dried lilies. Stir-fry well till half cooked. Add in A mix well. Add in foo chuk and glass noodle and pour in soy ketchup. Stir well until everything well covered with ketchup. Stir-fry for another 3 minutes.
p/s: Besides prawns and anchovies, boiled meat or deep fried liver can be added.

Pulut Kuning, Rendang Telur dan Sambal Tumis Bilis

Sebenarnya ni projek lama...

PULUT KUNING

direndam semalaman
2 kg pulut
3 sudu kunyit serbuk
2 sudu teh garam
campurkan sebati
250 gm santan pati
1 ltr air
garam secukup rasa

Didihkan air dalam periuk kukus. Kukus pulut selama 20-30 minit.
Angkat dan gaulkan dengan santan sehingga rata dan sebati.
Kukus semula selama 30 minit.



RENDANG TELUR

Telur yang telah siap direbus
Kuah rendang (ikut ler style rendang negeri mana pun)

Kalau rendang daging, korang masak sekali ngan rempah tu kan, tapi utk rendang telur, korang masak kuahnya berasingan. Bila kuah dah pekat, masukkan telur. Jangan lupa buangkan kulitnya... cam tu jer...



SAMBAL TUMIS Style Malas

1 labu Bawang besar - di dadu
Sedikit belacan - dihancurkan
3 senduk besar cili kisar segengam ikan bilis - siap goreng
1 labu bawang besar - dimayang (hiris melintang)
garam + gula secukup rasa
air asam jawa

Tumiskan belacan & bawang besar dadu hingga layu. Masukkan cili kisar. Goreng hingga naik minyak. Masukkan air asam, garam dan gula (jika suka) biarkan hingga sedikit pekat. Masukkan bawang besar hiris dan jugak ikan bilis goreng tadi. Bila bawang sedikit layu - matikan api.

Express Nasi Tomato (from old archive)

This is the simplest Nasi Tomato (tomato rice) I ever had. Served with Ayam Goreng Sos Tiram (oyester sauce fried chicken). Both recipes were created on the spot when this lazy feeling sitting quietly and nicely on my head, but all 4 stomachs need to be filled in short time. Luckly, Mat Rock agreed with me... hahahaha... The best part, everybody was enjoying it so much (never had time to lift up their heads... hahaha...). Was it really delicious and yummy or were they starving????

Mat Rock's comments: Thumbs up! (pretending or what???? but he finished all the 'burnt' chicken :-D)


Nasi Tomato

2 cups basmathi rice - washed n soaked 10 minutes
2 cups water
5 pcs dates - slice
1 onion (golf ball size) - thinly sliced
1/2 inch young ginger - thinly sliced
cardamon, star anise n cinnamon stick
1 cup tomato ketchup
salt to taste
cooking oil

Heat cooking oil and add cardamon, star anise and cinnamon stick, fry till fagrant.
Add in onion and ginger, fry till golden.
Add in tomato ketchup, mix well. Add in water and salt to taste. Let it boil.
When boiling, add in rice and mix well till covered. Cooked the rice as usual.
When the rice becomes to dry, throw in the dates. Reduce the heat till the rice well done.
Serve.


Ayam Goreng Sos Tiram

6 pcs drumsticks
pepperblack pepper - ground
2 tbsps oyster sauce
1 tbsp honey
Cooking oil to deep fry

Combine all ingredients together. Marinate 30 minutes.
Deep fry on medium heat till done. Serve.

Tuesday, February 10, 2009

Jemput-jemput

Kalau orang Johor panggil ni 'jemput-jemput' tapi sejak duduk di kota metropolitan KL ni, kita sebut cekodok. Kita kalau buat cekodok ni, suka masuk banyak bahan... tengok la apa yang ada kat dalam peti es tu... sayur - carrot, taugeh, kobis, daun bawang dan daun sup; ikan bilis, ayam atau udang... dapat udang geragau pun sodap...

jemput la makan... cicah dengan sambal kicap... pehhhh!!!
Bahan Utama:
500g tepung
1 sudu teh garam (ikut citarasa ye)
1 butir telur
1 biji bawang besar - didadu
1/2 inci halia - mayang halus
1 batang cili merah - cincang halus (cili api pun sodap)
1/2 cawan ikan bilis
hirisan sayur yang disukai
air secukupnya
minyak untuk mengoreng
Kecuali minyak, satukan semua bahan dan gaul sebati. Perap sekejap.
Panaskan minyak dalam kuali, dengan menggunakkan sudu, masukkan adunan kedalam kuali. Kita suka jemput dengan tangan jer, buat comel comel.
Goreng hingga kekuningan. Angkat dan tiriskan minyak. Hidangkan bersama sos cili atau sambal kicap.


Nasi Goreng Cina

Hahaha... macam pandai kan... ni style kita buat nasi goreng cina. Kalau buat cam ni gereti beres. Anak2 bawak ke sekolah dengan senang hati. Nak buat pun senang tak perlu banyak bahan. Nasi Goreng Cina (style kita la...)

2 pinggan nasi sejuk - leraikan
2 ulas bawang putih - crushed and chopped
5 biji cili api - crushed
1 genggam ikan bilis
1/2 cawan sayur campur (kita bubuh carrot jer)
2 butir telur
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak zaiton

Panaskan minyak zaiton dalam kuali. Gorengkan ikan bilis sebentar, ketepikan. Masukkan bawang putih dan cili api, goreng hingga sedikit kekuningan. Kemudian gaulkan sekali dengan ikan bilis tadi. Masukkan sekali sayur campur, gaul rata dan goreng sebentar.

Pecahkan telur ke dalam bahan goreng dan kacau rata sepenuhnya. Masukkan nasi dan gaul sehingga semua bahan bercampur sekata. Taburkan garam. Goreng hingga nasi agak ringan. Sedia untuk dihidang. Taburkan bawang goreng jika suka.

Capcai Lagi...

Sayur Campur Goreng
4 batang putik jagung
1/2 batang lobak merah
1 batang saderi (wonderpet punya favourite nih...)
1o biji kacang pipih
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 batang cili merah - potong serong
secubit ikan bilis
2 sudu besar minyak zaiton
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Bersihkan semua sayur dan potong ikut citarasa sendiri.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan hiris dan ikan bilis hingga bawang sedikit layu. Masukkan segala sayur dan air. Biarkan hingga mendidih. Perasakan garamnya. Siap untuk dihidang.

Lemak Cili Api Daging Salai dan Belimbing Buluh

Kita masak daging salai ala2 orang N9... tak tau la sama ke tak, main belasah jer. Si Mat Rock tiba2 minta nak makan daging salai. Terkejut sehhhh... kebetulan dia nak travel ke Singapore, terpaksa cari supply, nasib baik kat opis ada kawan jual daging salai... tapikan, kita masak terlebih cili api... tu dia ko... berasap segala rongga... Iman kata 100% pedas!!! Tapi pada kita n mat rock ok jer, terasa bibir ni tebal sekejap jer, pastu dah normal... hehehe...


250g daging salai, hiris nipis
10 biji cili api (ni kita dah kurangkan dari yang asal kita buat)
1 inci kunyit hidup
1/2 biji kelapa, jadikan 2 cawan santan
garam secukup rasa
belimbing buluh secukupnya, bersihkan

Tumbuk cili api, garam dan kunyit hingga lumat. Masukkan daging, bahan tumbuk dan santan ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan belimbing buluh. Masak hingga belimbing agak lembut. Hidangkan.

Monday, February 9, 2009

Daging Kicap, Kailan Goreng dan Kembung Goreng

Masak bidan terjun untuk lunch anak beranak. Daging korban yang membeku sekian lama. Ingat nak masak beryani, tapi mat rock dah masak nasik putih masa kita bangun... kurang sehat sikit ingatkan nak ajak pulun kat luar jerk... rupa2nya dia anak beranak dah sibuk kat dapur. Kita sambung jer, dia kata nak daging masak kicap. Nie la jadiknya...
A
500g daging - ptg kecil
1/2 inci halia - ketuk
1 ulas bawang putih - ketuk

B
4 butir bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - mayang halus
rempah tumis - kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
1 sudu kecil lada hitam - ketuk kasar
1/2 botol kecik kicap soya
3 sudu besar sos tiram
1/2 biji lemon - ambil jus sahaja
2 sudu besar madu
1/2 cawan minyak masak
2 biji tomato - belah 8
2 biji bawang besar - potong baji
cili merah atau cili api

Masukkan A ke dalam kuali bertutup. Dengan api sederhana, biarkan ia mendidih dengan air yang keluar dari daging hingga air hampir kering.
Panaskan minyak di dalam kuali berasingan dan masukkan rempah tumis hingga naik bau kemudian masukkan bahan hiris (bawang merah, bawang putih, halia) hingga sedikit layu.
Masukkan lada hitam, sos tiram dan kicap dan biarkan hingga mendidih. Kemudian tuangkan bahan tumis ke dalam rebusan daging (A) tadi. Masukkan madu dan jus lemon, kacau rata. Biarkan seketika agar semua bahan mesra. Campakkan tomato, bawang besar dan cili. Biar mereneh sehingga bawang sedikit layu.
Hidangkan.


Pastu kita masak sayur kailan goreng jer... main campak baling ikut jer bahan yang ada depan mata...secekak kailan - bersihkan
2 butir bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
secubit ikan bilis
1 batang cili merah dihiris
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
minyak
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili dan ikan bilis hingga sedikit layu. Masukkan sos tiram dan air. Kacau rata dan biarkan sedikit mendidih. Masukkan kailan, kacau rata dan masak selama 2 minit. Tutup api dan hidangkan.
ada ikan kembung goreng... paling simple hehehe... dah dikeluarkan dari freezer oleh mat rock, malas nak masukkan balik, goreng jer... pastu gorengkan bawang merah hiris, bawang putih hiris dan cili, angkat dan tabur... kalau suka boleh la renjiskan kicap di atasnya...

Sunday, February 8, 2009

JJCM - Kenny Rogers

Last Friday, I had my lunch here with a colleague. First time I stepped into this famous 'instant food' restaurant. I had this set, Quater black pepper roasted chicken (if I'm not mistaken) with 3 types of side dish (choose from the menu list), red bean, fruit salad and potato salad and a glass of Ice Lemon Teaand my friend, Nani, had speghetti bolognese and a glass of Chocolate Milk Shakeand these cute muffins (their specialty) - we asked for vanilla flavour and we really enjoyed the tasteand our bill was RM55.55... OMG!!! only for 2 people... maybe that my first and last to be there... unless someone treats me... ho ho ho...
And... I got the worst sore throat after that... immediately... I really didn't know why?????

Saturday, February 7, 2009

Instant Kebab

Use ready-made pita bread, stuffed with chopped grilled burger meat, onion and mix with mayonaise. garnished with slice tomato, cucumber and salad. in this pic doesn't have salad... ran-out of it lah... Ready to serve.

Looks yummy eh?!!!

Thursday, February 5, 2009

Lempeng Sayur

This is my childhood days favourite. I got big family and this is the best menu to prepare in the morning that time, before we off to school. I love when it served with Sambal Tumis - anykind of sambal tumis. The best is Sambal Tumis cili padi. Wow! I really like hot mannn... but this time I've to think about others especially the kids... Kalau tidak... mmg ku tumis cilipadi tu... eemmm... yummy!!!

Ok, actually the recipe is simple. But I got the iniciative to improvise it to suit the style... hehehe... Added vegeis in to balance the diet because my kids will not eat vege separately.
300 g plain flour
100 ml fresh milk/uht milk
2 eggs
salt to taste
carrot - grated
chinese celery - chopped
water

Mix all ingredient in a bowl except water. Add in water slowly till you got the right consistency to the batter. Not too thick and not tooooo thin... Spread 1 tbsp cooking oil in a pan and fry till end of butter. The thinner the better.

Nasi Goreng Kupang

1 bowl cooled rice
2 tsp blended chillies (put more if u like it to be hot )
6 mussel/kupang - shelled n halved
1 shallot - thinly sliced
1 stick crab meat - sliced
1 pc celery stick - diced salt to taste
1 tbsp cooking oil
chinese salad for garnishing

Heat oil in a pan. Stir-fry blended chillies and shallot together till fragrant. Throw in mussel, crab meat and diced celery. Stir till the mussel cooked and add in the rice. Stir till all ingredients mix well. Ready to serve with the salad garnishing your plate.




Jemput-jemput

This is my favourite... Irresistable... no matter how it been prepared.

2 cups self raising flour
10 medium size prawns - shelled and chopped
1/2 carrot - shredded
1 handful bean sprouts
5 stalks chives - cut into 1 cm length
1 big onion - quartered and sliced
1 cm young ginger - cut into strips
1 fresh red chilli - chopped
100 ml fresh milk
enough water
1 egg salt to taste
Cooking oil

Mix all ingredients in large bowl then let the batter rest for 30 minutes. Heat enough oil and deep fry the batter. Take out when it turns golden and dry on kitchen towel.

My Style Speghetti Sauce

Ikut naluri sendiri... campak2 jer...100g tomato puree shallot & garlic - chopped finely
2 tbsp blended chilli
2 fresh tomatoes - sliced
capsicum - red & green - diced
carrot celery - diced
chilli sauce
mince meat
salt & sugar to taste
2 tsp corn flour - dissolve with water
olive oil
water

Heat oil in a pan. Stir fry shallots, garlic and blended chilles until you sneeze :-D... Add in tomato puree and chilli sauce, fry a bit. Then add in the meat, mix and fry and add in water. Leave to boil and throw in all vegees. Taste the salt n sugar. When everything is cooked, add in the corn flour mixture. Stir till the gravy is thickened. Ready to serve.

Mee Kering Goreng

Dried noodle (maggi segera pun boleh lah...) - soaked in tap water
shallots - pounded
garlic - pounded
prawns - shelled
squids - ring cut
fresh tomato - cut to 8 pcs
chillies - blended
soy ketchup
oyster sauce
oil to fry

With all the ingredients listed above, just use your own method to get it done. Hehehee... sorry, kes malas nak taip la nih...

macam ni pun boleh... sedap jugak...

Mee Hoon Goreng

1 packet beehoon (soaked)
5 pcs fishball (quartered)
2 pcs tauhu (soy cake ) - cubed & fried
3 shallots 1 clove garlic
1 handful anchovies (can be changed to dried shrimp)
1 big scoop blended chillies
1/2 cup soy souce bean sprouts
vege of your choice (I choosed carrot)
salt to taste
Cooking oil
spring onion and chinese celery - chopped
Heat cooking oil in a pan. Pound to crush shallots and garlic. Add anchovies and crush a bit. Mix with blended chillies. Stir fry in hot oil and let the excess water disappear. Add in the soy sauce, fish ball and tauhu. Add in a pinch of salt. Add in the vege (carrot) and fold in the beehoon. Fold till cook. Then throw in the bean sprouts. Fold till all ingredients mix well. Off fire. Garnish with chopped spring onion and chinese celery.

Mengenali Sayur Kampung

Mari kenali serba sedikit sayur2 ni... duduk kat bandar besar memang sukar nak dapat. Jangan kata anak2, orang dewasa pun ada yang tak kenal daun2 nih... belum lagi sebut daun2 herba segala...


Daun Turi
Lain tempat lain nama panggilannya. Ada kata ini daun geti... rasa pahit2 lemak... masak lemak + keledek memang biasa. Tapi kawan kita si Lynn Sham, buat masak asam pedas daun turi... wallah... memang sodap... tak caya cuba, masa masak asam pedas ikan tu, masukkan sekali daun turi. Tak payah lurut, simpulkan jer ngan pelepah dia... thrill beb makan cenggitu...


Pucuk Paku
Kat kg kita sayur ni di panggil pucuk paku perak. Tang mana perak dia tak tau la mungkin sayur ni banyak didapati di negeri Perak sbb kat kg memang tak nampak pucuk paku jenis nih. Yang ada tu, kaler merah orang panggil pucuk midin. Selain goreng, kita masak campur dalam tempoyak... hehehe... jgn ikut, selera kita lain sikit, tapi memang sedappppppppppp...


Pucuk Ubi
Ni kalau tak tau, tak tau la kita... senang didapati... cara masak yang kita suka, rebus jer (masak orang malas)... perah kering air nya. Buat sambal blacan ker, sambal tumis ker, sambal kacang darat ker... colek, makan dgn nasi panas... wallah... tak terkata...
Dah siap dicelur, tunggu sambal belacan... ish... cerita pun tak guna tau...

Pais Ayam

Kita buat Pais Ayam ikut style orang Kuala Medang, Pahang. Pais orang Pahang menggunakan Tempoyak sebagai salah satu bahan utama untuk menyalut ikan sungai seperti Patin (berdaging lembut), kemudian dibungkus dengan daun kunyit dan daun pisang sebelum memanggangnya. Ikan2 laut yang kat pasar tu pun boleh sebagai gantinya. Di tengah bandar ni kan susah nak dapat ikan sungai. Kali ini kita sengaja tukar kepada ayam.

Jom tengok resipi yang original yang diberikan oleh kawan dari Kuala Medang. Kita ni kekadang suka gak ubah2 resipi dok tambah itu tambah ini, ikut sedap. Sorry ye resipi tak der sukatan, biasa la resipi orang kampung, kena pandai2 adjust, silap haribulan terlebih cili buleh mencungap macam nak terkeluar biji mata... hahaha...
Pais

A
Ikan atau Ayam - dibersihkan / fish or chicken meat - cleansed

B
20 biji Cili Api (ditumbuk) / 20 pcs small chillies (pounded)
1 cawan Tempoyak / 1 cup fermented durian paste
Hirisan daun kesum / sliced polyganum
hirisan daun kunyit / sliced tumeric leaves
garam secukup rasa / salt to taste

Untuk membungkus/For wrapping
3 helai daun kunyit / 3 pcs tumeric leaves
Daun pisang / banana leaves

Gaul semua bahan B dan ratakan pada ikan/ayam. Bungkus dengan daun kunyit kemudian bungkus lagi dengan daun pisang. Panggang di atas api perlahan sambil dibalik2kan hingga masak. Hidangkan.
Mix together ingredients B and smear evenly onto fish/chicken. Wrap with tumeric leaves and cover with banana leaves. Grill on small fire and turn frequently until cooked. Serve.

Ketupat Sotong

5 ekor sotong segar sederhana besar
1/2 cawan pulut - rendam sekejap
bawang merah dan halia - dihiris
sedikit halba
1 biji kelapa - ambil santan pekat
gula melaka/nisan garam secukup rasa

  1. Bersihkan sotong, tanggalkan kepala dari badannya.
  2. Sumbatkan pulut ke dalam setiap sotong hingga 1/2 penuh. Sumbatkan kepala sotong dan sematkan dgn pencungkil gigi.
  3. Masukkan sotong ke dalam periuk, tuangkan santan secukupnya, hirisan bawang merah, hirisan halia dan sedikit halba.
  4. Bila telah mendidih dan agak-agak pulut dalam sotong telah masak, dan kuahnya kelihatan pekat, baru dimasukkan sedikit garam dan gula merah secukup rasa. Siap dihidangkan.

All the recipes (Nasi Dagang, Gulai Tongkol and Ketupat Sotong) were modified by me and inspired by noraini@antara1.com.my of Restoran Pak Amir mailing list.

Nasi Dagang + Gulai Tongkol + Acar

NASI DAGANG (Untuk makan 10 orang)

Bahan-bahannya:-
5 cawan beras siam wangi
2 cawan beras pulut
1 biji kelapa - asingkan santan pekat dan santan cair
8 ulas bawang merah (hiris)
Halia agak-agak (hiris)
Halba 2 sudu besar – direndam 2 jam
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
  • Beras wangi dan pulut dicampurkan dan direndam tidak kurang 2 jam, di bersihkan dan ditoskan. Kukus beras untuk 15-20 minutes hingga separuh masak.
  • Langkah seterusnya ialah gaulkan santan cair dan kukus lagi selama kira-kira 20 minit. Selepas itu, gaulkan santan pekat, bawang merah, halba dan garam kepada beras yang dikukus dan kukus lagi selama kira-kira ½ jam.


Gulai Ikan Tongkol
3 ekor ikan tongkol yang sedang besarnya
Asam keping secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
rempah nasi dagang - buat sendiri (2 sudu besar ketumbar + 2 sudu besar jintan manis + kayu manis + bunga lawang + cengkih) - dikisar menjadi rempah.
1 senduk besar cili boh
1-2 biji kelapa (ambil santan jgn terlalu cair)
sebatang kayu manis
sedikit bunga lawang
Buah pelaga
Gula melaka
Option – asam keping atau belimbing buluh dan cili api

Cara membuatnya:-
  • Ikan di potong dan dicuci dan direbus dengan asam keeping dan garam. Bila sudah masak tutup api dan simpan.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, dengan buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis. Bila naik bau, tumis cili boh dan rempah nasi dagang. Bila telah naik bau dan cukup garing, masukkan santan. Masak kuah dan bila telah nampak pekat masukkan gula melaka, garam.
  • Masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan masak sehingga masak. Jika suka masukkan beberapa cili api dan belimbing buluh yang telah dibasuh.


Acar
1 batang timun dihiris seperti kayu api
1 batang lobak merah dihiris seperti diatas
1 biji tomato – dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1-2 cili hidup
1-2 sudu besar cuka
Garam
Gula

Gaulkan semua bahan diatas dan rasa garam dan kemanisannya secukup rasa.


Yang ni optional... tak der pun tak per...

Sambal Udang Kering

Buat banyak2 boleh simpan masuk fridge atau bekukan. Boleh makan dengan Mee Kari atau Laksa Sarawak atau apa2 hidangan yang sesuai.
1 cawan udang kering - direndam, basuh bersih toskan
500g cili boh
5 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 batang serai - ketuk
asam keping/cuka/lemon jus
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
  • Kisar atau tumbuk udang kering hingga hancur.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Saute bawang putih hingga wangi, masukkan udang, cili dan serai. Kacau rata hingga air sedikit kering. Masukkan asam keping/cuka/jus lemon secukupnya.
  • Tambah garam secukup rasa. Boleh juga tambah serbuk perasa atau tukarkan dengan sedikit gula.

Wednesday, February 4, 2009

Capcai Udang

Capcai ni ikut selera kita la kan. Apa sayur yang ada kita masukkan. Yang penting udangnya..
250g udang kertas - buang kepala
1 batang celery - potong serong
15 biji kacang hijau - buang hujungnya
1 batang kecil lobak merah - potong ler ikut suker
bunga kobis - potong kecil
1/4 cili bengala merah - potong kecil
1/4 cili bengala kuning - potong kecil
3 butir bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga naik bau. Masukkan udang, kacau. Masukkan segala sayur dan garam. Tuangkan 1/2 cawan air. Kacau rata semua bahan. Tutup kuali selama 2 minit. Tutup api bila udang sudah masak. Hidangkan.

Patin Tempoyak Terung Asam

Kat bawah ni resipi orang Pahang tapi dah dikawinkan dengan Negeri Sarawak sebab asam keping (dimasukkan untuk mendapat lebih rasa masam) digantikan dengan Terung Asam. Meh tengok... pastu buleh cuba... resipi memang simpel. Kita belajar dari Pak Sedara Mat Rock di Kuala Lipis.
Patin Tempoyak Terung Asam

1 ekor ikan patin - dibersihkan
2 inci kunyit sebesar ibu jari
10 butir cili padi - pedas ni, kalau nak lebih lagi tambah la lagi
3 sudu makan tempoyak
1/2 biji terung asam - potong baji dah hiris nipis (yg ni tak di ajar, kita pandai2 sendirik)
garam secukup rasa

Tumbuk kunyit, garam bersama cili padi hingga lumat. Gaul dengan tempoyak. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air mengikut kuantiti yang dikehendakki. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya kira2 15 minit. Hidangkan.

Talapia Goreng

yang ni masak senang jer - kes nak cepat
Talapia Goreng

1 ekor talapia - dibersihkan, gaul garam + kunyit - perap sekejap
3 butir bawang merah - hiris
cili bengala, tomato ceri - untuk hiasan
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan hingga masak. Angkat dan letak dalam pinggan. Dalam minyak yang sama, goreng bawang hiris sehingga layu. Angkat dan tabur di atas ikan tadi. Hias dengan cili bengala dan tomato ceri.

Sayur Masak Bening

If you're javanese, you know what 'masak bening' is. It's my favourite... dah lidah jawa mmg cam tu lah. This dish is simple and easy to prepare.

It doesn't need so many ingredients, just enough if you have anchovis, shallots, sliced red chillie, salt to taste and water. Bring them to boil and drop in the vegetables. Let's simmer for 3 minutes and off fire. Serve right away.

Best serves with Sambal belacan at side and ikan goreng eeemmmmmm... wallah...

And to those who go on diet, this dish is good for you. Wah!!! macam pandaiiiiiiii gitu... and not to forget to those yang MALAS macam SAYA... hahahaha...

Sambal Tempoyak Pucuk Paku

I found this recipe by co-incidence. I follow my heart... My family and me like it so much eversince. Here I give you some guidelines how to prepare this dish. Sambal Tempoyak Pucuk Paku
Pucuk Paku (sometime I change to Pucuk Ubi) - plucked, cleaned & drained
2 pcs turmeric leaves - thinly sliced
1 big scoop Tempoyak (fermented durian paste )
15 stalks cili padi
1 handful Anchovies
2 stalks lemon grass - thinly sliced
3 shallots 1 small clove garlic
2 pcs dried tamarind (asam keping)
250 coconut milk (can be changed to plain water)
salt to taste
3 tbsp cooking oil

  1. Heat the cooking oil.
  2. Pound to crush the lemon grass and cili padi, then add in shallots, garlic and anchovies. Put in Tempoyak and mix well.
  3. Stir fry pounded ingredients in hot oil and add in the coconut milk (or water). Bring to boil. Add in salt, dried tamarind and Pucuk Paku. Keep stirring until the gravy thicker.
  4. Add in the sliced turmeric leaves before take off from fire.
Happy trying!!! aaahhhhhhhhhhhhh!!! its hotttttt!!!!!!!!!!!

Sawi Goreng Sos Tiram

3 pokok sawi hijau
1 batang cili merah - dihiris
1 labu bawang besar (saiz kecil) - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris secubit ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
minyak untuk menumis

Potong daun sawi selebar 2 inci. Asingkan batangnya. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan hiris dan ikan bilis hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan air. Masukkan batang sawi. Biar hingga mendidih. Masukkan daun sawi, kacaukan. Bila daun agak layu terus tutup api. Siap utk dihidang.

Sambal Kicap, Tempe Dan Tauhu Goreng

Fried Tempe and Tauhu (I don't know what we call these two items made of soy bean, in English), another favourite of mine and must serve with Sambal Kicap which is always stocked-up in the fridge. Can be served anytime as we wish.
In some area in Johor State, these two items can normally be found in the coffee shop in the rural area. Don't be surprised, have it as you eat banana fritters (goreng pisang?).
Sambal Kicap

Segenggam cili api - a handful of bird chillies
3 ulas bawang putih (yg gemuk) - big cloves of garlic
Perahan asam jawa/cuka - tamarrind juice or cooking vinegar
gula sesedap rasa - sugar to taste
1/2 botol kecik kicap masin - small bottle of salty soy ketchup

Masukkan cili api, bawang putih dan kicap ke dalam blender, kisar halus. Blend finely the chillies, garlic and soy ketchup. Masukkan dalam bekas, tambahkan air asam jawa/cuka dan gula. Put in a container and add in the tamarrind juice or vinegar and enough sugar. Perap dalam sejam baru guna. Keep for, at least, an hour or longer period (even months) before serve.